Perkongsian pelakon, Fazura mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto serta video di media sosial, baru-baru ini.
Fazura, menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi momen percutian bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya serta ahli keluarga termasuklah ibunya, Fadilah Binti Nasir, selain menyifatkan dirinya yang memerlukan masa berharga bersama Fatima dan keluarga tersayang.
“Masa yang sangat diperlukan bersama anak perempuan dan keluarga saya yang berharga π€β¨.”-kapsyen Fazura di Instagram
“Suka Tengok Keluarga Faz Dari Dulu Sangat Jaga Privasi…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan perlbagai reaksi mereka, malah ada yang turut memuji keluarga pelakon ini yang disifatkan sangat menjaga privasi.
“Anak jangan dijadikan bahan laga. Biar dia happy dengan both parents!.”
“Bestnya, suka tengok Faz senyap-senyap je travel. Suka tengok family Faz dari dulu sangat jaga privasi.”
“Nyamma pasti tahu mommy sentiasa mahukan yang terbaik untuknya, keluarga Faz sentiasa sebagai tulang belakang yang paling kuat, tak pernah campur urusan seni dia sejak hari pertama dalam industri.”
“Diam-diam je bawak anak & keluarga hi holiday. Tak yah borak dengan reporters pun.”
“Alhamdulillah, finally there’s a break πππ. Happy holiday Kak Faz, Nyamma and family.”
Sekadar info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 5.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.