Mengejutkan orang ramai terutamanya peminat Bollywood, aktres Aishwarya Rai telah mengalami kemalangan yang tidak dijangka di Mumbai.
Memetik beberapa laporan berita, muncul beberapa video di media sosial yang menunjukkan kereta Aishwarya dilanggar oleh sebuah bas ketika berada berhampiran dengan rumah keluarga Bachchan.
Kejadian tersebut telah mencetuskan huru-hara di jalan raya apabila pengawal peribadi aktres itu keluar untuk melihat keadaan kereta. Nasib baik, kereta tersebut tidak mengalami kerosakan serius dan dapat diselesaikan dengan segera selepas perbincangan ringkas dengan pemandu bas.
Walaupun keadaan itu mencetuskan kebimbangan tetapi peminat berasa lega apabila Aishwarya tidak kelihatan berada di dalam atau berhampiran dengan kereta ketika kejadian itu berlaku.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.