Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Keputusan SPM 1A-, Ada Kisah Sayu Disebaliknya

Keputusan yang tidak mampu dicatat oleh mana-mana angka, iaitu perjuangan, harapan, dan kehilangan.

by Arsiqin Yusof
April 25, 2025
Share on Facebook

Khamis lalu, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan di seluruh Malaysia. Ramai pelajar yang menantikan detik ini. Namun lain pula dengan kisah seorang pelajar dari SMK Gemas. Menerusi perkongsian di laman Facebook Muslim Ismail mengenai anak muridnya telah menyentuh hati netizen.

Menurut perkongsian, pelajarnya dari SMK Gemas telah mencatat keputusan 1A- dalam mata pelajaran Landskap dan Nurseri, manakala enam mata pelajaran lain menerima gred G dan E. Namun, apa yang menjadikan keputusan ini luar biasa bukanlah angka itu sendiri, tetapi perjalanan yang dilalui untuk sampai ke titik itu.

Pelajar ini, ketika di tingkatan empat, hampir dibuang sekolah kerana terlalu kerap tidak hadir. Namun, tiada masalah disiplin mahupun kenakalan, cuma dia ketinggalan mungkin kerana dunia persekolahan yang penuh dengan tekanan akademik dan perbandingan. Sukar memahami, sukar mengingat, namun dia tetap seorang yang baik dan jujur.

Dengan usaha gigih guru kaunselor dan GPK HEM, berjaya memujuk dan mebuatkannya kembali ke sekolah. Hatinya lembut dan mudah tersentuh, dan mungkin kerana itu, dia lebih selesa berada di dunia seni. Minatnya pada nyanyian membuka ruang kecil untuk dia merasa dihargai. Dia diserap ke dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Walaupun pasukan itu tidak menang dalam pertandingan, namun dari situlah dia mula suka hadir ke sekolah. Di situ mungkin dia merasa wujud, merasa dirinya bernilai.

Hari keputusan diumumkan, pelajar tersebut telah mendapat A- untuk Landskap dan Nurseri iaitu satu-satunya A dalam keseluruhan keputusan SPM-nya. Tapi, sayangnya, guru yang ingin menyampaikan ucapan tahniah tidak sempat bertemu dengannya. Isnin sebelum keputusan diumumkan, pelajar ini telah kembali ke rahmatullah, akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks.

Semua Aliran Sekolah Wajib Ambil BM & Sejarah Dalam SPM, Ini Sebab Yang Perlu Anda Tahu

Pemergiannya menghadirkan luka yang dalam, bukan hanya kepada keluarga, tetapi juga kepada mereka yang pernah mempercayai dan menghargainya. Arwah mungkin bukan bintang di atas pentas akademik, tetapi di hati guru-gurunya, beliau adalah bintang yang bersinar dengan cara tersendiri – melalui kebaikan, keikhlasan, dan usaha.

Dalam kelas Landskap dan Nurseri yang diajar oleh gurunya, arwah tidak pernah lulus pun dalam peperiksaan. Tetapi kerja amali, dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Arwah mungkin tidak cemerlang atas kertas, tetapi dia ringan tulang dan rajin. Tidak pernah mengeluh apabila disuruh, tidak pernah lari dari tugas. Apabila tertinggal bas selepas tuisyen, gurunya pernah menghantarnya pulang dan di dalam kereta itu, sempat juga gurunya menitipkan nasihat, mungkin tanpa sedar menjadi kata semangat terakhir yang dia simpan.

Mungkin ramai yang tidak akan memahami nilai satu A- ini. Tapi bagi seorang guru, ini adalah kemenangan. Bukan kerana gred, tetapi kerana seorang anak murid pernah cuba sedaya upaya, pernah bangkit dan mencuba, dan akhirnya pergi meninggalkan dunia ini dengan penuh tenang – membawa satu memori indah tentang dihargai dan disayangi.

“Awak tak banyak dosa… nanti tolong saya kalau saya di sebelah satu lagi… pinta pada Tuhan supaya saya diampunkan.”

Al-Fatihah buat arwah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

harapanhargaikenanganSPM
https://lomp.at/dz8u0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto- HABIB
IbuBapa

HABIB Lancar Koleksi Istimewa Bersama Didi & Friends

by Nurul A.
May 9, 2026

Jenama barangan kemas tempatan HABIB memperkenalkan  koleksi terbaharu, hasil kolaborasi istimewa bersama Didi & Friends. Koleksi kolaborasi ini menggabungkan  elemen...

Read moreDetails
Inspirasi

Guru Malaysia Raih Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge Rantau Asia-Pasifik

by Naddy Joe
May 9, 2026

 Kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge University Press & Assessment (Cambridge) mengumumkan Penolong Pengetua merangkap Guru Pendidikan Pelajar Berkeperluan Khas (SEN),...

Read moreDetails
Foto - Tropicana Twister
Inspirasi

Tropicana Twister Membina Rumah & Membuka Harapan Baru untuk Generasi Akan Datang

by Nurul A.
May 2, 2026

Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister kini meraih satu pencapaian penting dengan siapnya pembinaan serta penyerahan rumah kepada keluarga yang...

Read moreDetails
Foto - IKEA Malaysia
Inspirasi

30 Tahun Kenangan, 8.6 Juta Karipap– IKEA Malaysia Lakar Rekod Dengan Kudapan Kegemarannya

by Nurul A.
May 12, 2026

Bermula sebagai snek ringkas, karipap IKEA Malaysia kini menjadi kegemaran seluruh negara. IKEA Malaysia secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara