• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore IbuBapa

[VIDEO] Rakam Dan Kritik Budak Tantrum Di Tempat Awam, Pasangan Ini Terima Kecaman Netizen

"Kalian takkan faham sebab belum ada anak lagi kan" -Netizen

by Arsiqin Yusof
May 9, 2025
Share on Facebook

Dalam era media sosial yang serba pantas, apa sahaja yang dimuat naik ke platform seperti TikTok boleh mencetuskan perdebatan hangat termasuklah isu keibubapaan dan tingkah laku kanak-kanak. Terbaharu, satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @aeryllfamee telah menjadi tular selepas dia dan isterinya merakam suasana bising di dalam sebuah feri yang dipercayai berlaku akibat seorang kanak-kanak yang sedang tantrum.

@aeryllfamee

‼️Triggered Warning‼️ Real life experience yg jadi time dlm ferry. Kami ulang alik atas urusan kerja, Kelantan – Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah – Penang – Kelantan drive and nasib tak baik time hari blk dr Langkawi – Kuala Kedah wife tengah demam panas, muntah non stop and menahan migraine tu yg aku kasi gula2. Kalau bayi faham tapi masalahnya dah besar budaknya siap blh cakap apa yg dia nak. Aku dulu kalau buat hal tempat awam hbis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak ( iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dkt sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tp that kid diam after dpt apa yg dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung. lain pulak kalau anaknya oku or baby kita faham lah juga tapi ni alhamdulillah sihat je siap boleh menjawab apa yang dia nak tanpa pelat ikut size 6-7 tahun. Dalam video ni aku takde mengaibkan mana2 pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tk tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. “Bisinglah” mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tlg ambik dr side yg positive Memang mak bapak sekarang ni berlembut sangat dgn anak ke ? Sampai anak pijak kepala, taknak dgr cakap parents and TOLONG jgn bgi alasan biasalah budak2 . Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia budak lah kena ajar sperti peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya”. So Solutionnya ape? Parents yang anaknya kuat tantrum, apa yg korang buat utk distract anak korang? Boleh sharekan tips korang? Mana tahu membantu utk yang bakal menjadi parents nanti or yg deal dgn anak fruits Selain dari alasan (biasalah budak2 / ada anak nanti tahu lah ). If got solution tolong kongsi supaya yang lain dapat manfaat bukan nak triggered tak tentu hala. Bukannya mendoakan keburukan atas orang lain. Peace no war ?

♬ original sound – Aeryll – Aeryll

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, pasangan berkenaan dilihat memaparkan reaksi mereka terhadap tangisan dan jeritan kanak-kanak tersebut, sambil menyertakan kapsyen dan komen yang secara tidak langsung menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak itu kerana gagal mengawal anak mereka di tempat awam.

“if sekejap takpe tapi ini dkt sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tp that kid diam after dpt apa yg dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung. Dari dia budak lah kena ajar seperti peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya.”

“Beranak lah dulu, baru tau langit tinggi ke rendah!”-Netizen

Niat mereka untuk menegur situasi tersebut mendapat reaksi sebaliknya daripada netizen. Ruangan komen dibanjiri dengan kritikan terhadap pasangan itu yang disifatkan sebagai tidak sensitif, tidak empati dan kurang memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh ibu bapa ketika berhadapan dengan anak yang tantrum.

“Kalau tak tahan bunyi budak, naik transport sendiri. Semua orang ada hak guna feri”

“Merekod anak orang tengah tantrum dan buat konten pula? Apa motif sebenarnya?”

“Semoga sis beranak setiap tahun tanpa gagal..n dpt bby high demand”

“Oh blm ada anak patut la beria”

“Location yg u nak pergi ni mmg hanya boleh pergi dgn ferry je ya? Next time kalau nk elak benda2 mcm ni boleh kumpul duit lebih sikit chartered private ferry ke apa ke”

“Bila kak ni post macam ni , saya lagi xdak keyakinan nak bawak anak saya keluar ke tempat awam”

“Takmau bising jangan naik ferry, berenang ja”

“Dia macam ni lah better diam dari komen ape2, sebabnya awak belum ada anak, takut2 kifarah terkena kat kite”

“Kak, benda gini akak laki bini jelah bincang. Unnecessary pon nak upload.”

Sebahagian pengguna turut mempertahankan ibu bapa dalam situasi tersebut, menjelaskan bahawa tantrum adalah fasa normal dalam perkembangan kanak-kanak dan sukar untuk dikawal sepenuhnya, lebih-lebih lagi dalam perjalanan panjang atau keadaan yang tidak selesa.

“Hanya luahan jujur, tak exposed pun siapa-siapa” 

Dalam video tersebut, terdapat respons susulan Aeryllfamee yang tampil mengemas kin kapsyen menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah “luahan jujur” dan tidak berniat untuk memalukan sesiapa.

“Dalam video ni aku takde mengaibkan mana2 pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tk tunjuk dalam video ni. Just aku and wife.”

“Ini sekadar awareness and tlg ambil dari side yg positive. Memang mak bapak sekarang ni berlembut sangat dgn anak ke ? Sampai anak pijak kepala, taknak dgr cakap parents and TOLONG jgn bgi alasan biasalah budak2”

Namun, ramai netizen menganggap ia sebagai tindakan yang tidak wajar kerana boleh mengundang stigma negatif terhadap ibu bapa yang sedang bergelut dengan situasi keibubapaan.

Fenomena ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai batas etika ketika membuat kandungan di media sosial, terutamanya apabila melibatkan individu lain tanpa persetujuan mereka, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Insiden ini menjadi pengajaran bahawa empati dan timbang rasa amat penting, terutamanya di ruang awam dan platform digital. Setiap orang membawa cabaran masing-masing dan bukan semua perkara perlu dirakam serta dijadikan bahan konten untuk meraih perhatian.

ibu-bapakecamtantrumtempat awam
https://lomp.at/m2h0v
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @tihanihamz_ (Threads)
Viral

Gelakkan Pelanggan Berat 90kg, Live Host Qiszar Dipecat Serta-Merta

by Nurul A.
December 3, 2025

Baru-baru ini, seorang wanita yang bekerja sebagai hos siaran langsung (live host) bagi jenama fesyen Qiszar telah mendapat kecaman dan...

Read more
Viral

PM Umum Semua 9 Juta Penerima STR Dapat SARA Sehingga RM1,200 Setahun, Kategori eKasih Cecah RM2,400

Semua sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima manfaat tambahan apabila kerajaan mengumumkan bahawa mereka akan turut menerima...

Read more
by Puteri Alia
October 10, 2025
Berita

Kekurangan Pemandu & Bas Jarang Lalu: Netizen Pertikai Keberkesanan Sistem Pengangkutan KL

Sebuah hantaran di Reddit, r/Malaysia, kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai mutu perkhidmatan bas awam di Kuala Lumpur. Pengguna dengan nama...

Read more
by Iffah Iffah
December 8, 2025
Foto - @izyanny (TikTok)
Viral

[VIDEO] Suami Kantoi Ada Skandal, Reaksi Isteri Buat Netizen Puas Hati- “Bunyi Tamparan Hangat 100/100”

Semalam (24 September 2025) telah tular sebuah rakaman video di media sosial, termasuklah TikTok. Rakaman video tular tersebut memaparkan seorang...

Read more
by Nurul A.
September 27, 2025
Larry EllisonOracle Team USADay 42017 35th America's Cup Bermuda
Viral

Larry Ellison Rampas Takhta Orang Paling Kaya Dunia, Nah.. Ini Kediamannya Bernilai RM1.3 bilion Di Florida

Dulu kalau orang tanya siapa paling kaya dalam dunia, mesti ramai jawab Elon Musk, si bos Tesla, SpaceX, dan dulu...

Read more
by Phic ARMAN
September 11, 2025
Viral

Siapakah Sebenarnya Charlie Kirk? Maut Ditembak Depan Keluarga Ketika Bagi Ceramah

Kalau sebut nama Charlie Kirk, mungkin ramai rakyat Malaysia tak berapa kenal. Tapi di Amerika Syarikat, dialah antara wajah paling...

Read more
by Phic ARMAN
September 11, 2025
Viral

Sultan Nazrin Di Usia Muda Undang Perhatian,- “Baginda Punya Hensem Another Level…”

Baru-baru ini, sebuah foto lama Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika usia muda...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
IbuBapa

Nicol David Organisation Melancarkan ‘Ibu Legends Summit’ Pertama di Malaysia

Lebih 250 ibu dari pelbagai latar belakang berkumpul dalam Ibu Legends Summit pertama anjuran Nicol David Organisation (NDO), menjadikannya antara...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Viral

Jeritan Terakhir Zara Qairina, “Aku Tidak Mencuri Bah, Bodoh” Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Allahyarham Zara Qairina Mahathir sempat menangis dan menjerit kata-kata terakhirnya “aku tidak mencuri bah, bodoh,” selepas keluar dari sebuah bilik...

Read more
by Puteri Alia
September 17, 2025
Viral

Zus Coffee Beri Kenyataan Rasmi Isu Staf Disimbah Kopi-“Laporan Polis Telah Dibuat..”

Sebelum ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai bukan warganegara Malaysia telah melemparkan secawan kopi...

Read more
by Naddy Joe
November 12, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  5. 5

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore