Bukan hanya orang biasa, malah ada juga selebriti wanita termasuklah beberapa aktres Bollywood pernah menjadi mangsa keganasan dalam hubungan.
Pesan Murai, berhati-hatilah dalam memilih pasangan dan elakkan hubunan toksik jika pasangan kamu berani menggunakan kekerasan.
Dalam entri kali ini, Murai kongsikan dengan kamu, empat aktres Bollywood yang pernah menjadi mangsa keganasan dalam hubungan.
1. Pooja Bhatt
Pooja Bhatt ialah anak perempuan pengarah Bollywood yang terkenal iaitu Mahesh Bhatt dan kakak kepada aktres Alia Bhatt. Sebelum dia berkahwin dengan Manish Makhija, Pooja pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Ranvir Shorey.

Selepas beberapa tahun berkenalan, Pooja memutuskan hubungan itu kerana Ranvir ketagih alkohol dan sering melakukan keganasan terhadapnya termasuklah memaksanya melakukan hubungan seks ganas.
2. Aishwarya Rai
Sebelum berkahwin dengan Abhishek Bachchan, aktres Aishwarya Rai pernah menjadi mangsa keganasan dalam hubungan. Kisah gelap hidupnya bermula ketika dia menjalinkan hubungan dengan aktor Salman Khan.

Salman terkenal dengan sikap posesifnya, pernah mengangkat tangan terhadap Aishwarya sehinggakan dia pernah menghadiri sidang akhbar memakai cermin mata hitam, didakwa untuk menutup lebam pada matanya. Walaupun Aishwarya tidak pernah mengesahkannya, tetapi aktres itu pernah berkata bahawa dia pernah menjadi mangsa keganasan dalam hubungan.
3. Karisma Kapoor
Selepas berpisah dengan Abhishek Bachchan, Karisma Kapoor telah menjalinkan hubungan dan berkahwin dengan Sanjay Kapoor.

Perkahwinannya tidak bertahan lama apabila dia menceraikan suaminya selepas mengalami keganasan rumah tangga, termasuklah dipukul hingga diseret sampai lebam. Bukan sahaja Sanjay, ibu mertuanya juga pernah memukulnya.
4. Kangana Ranaut

Kangana Ranaut pernah menjalinkan hubungan dengan Aditya Pancholi. Tiada siapa sangka hubungan ini sebenarnya membuatkan dia menderita. Kangana pernah mendedahkan dalam satu sidang media bahawa Aditya telah memukulnya sehingga berdarah.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.