Sebelum ini, pelakon Tony Eusoff pernah dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Singapura atas kesalahan dadah selepas ditangkap memiliki campuran kanabis di pusat pemeriksaan Tuas.
Dibebaskan Awal
Pelakon itu dibebaskan selepas menjalani hukuman selama lima bulan dan 10 hari atas tingkah laku baik.
Tony Eusoff juga mendedahkan bahawa beliau masih dilarang memasuki Singapura sejak terlibat dalam kes dadah yang berlaku pada tahun 2016.
Tony berkata beliau telah membuat tiga hingga empat kali rayuan kepada pihak Imigresen Singapura, namun semuanya ditolak hingga ke hari ini.
Tidak Pernah Putus Asa

Menurut Tony, larangan itu merupakan keputusan berdasarkan undang-undang Singapura yang menetapkan pengharaman seumur hidup kepada individu terlibat dengan kes seumpamanya.
Namun begitu, beliau tidak berputus asa dan berhasrat untuk terus mencuba membuat rayuan agar dapat memasuki negara tersebut semula.
Tony mengakui kesalahan itu adalah berpunca daripada kecuaian dirinya sendiri, dan tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku.
Beliau berkata, walaupun menerima hukuman, beliau bersyukur kerana dibebaskan tiga bulan lebih awal daripada tempoh asal.
Masih Menerima Tawaran Dari Produksi Singapura

Meskipun tidak dibenarkan memasuki Singapura hampir satu dekad, Tony tetap menerima tawaran berlakon daripada produksi di sana, khususnya di bawah saluran Suria.
Katanya, pihak produksi sanggup membina set penggambaran di Malaysia agar beliau masih boleh terlibat dalam projek drama atau filem.
Malah, Tony turut dicalonkan dan memenangi anugerah gangsa di Singapura untuk salah satu lakonannya.
Tony berkata beliau tetap optimis dan bersikap positif dan menyifatkan setiap perkara yang berlaku sebagai ujian dan ada hikmahnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.