Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Bersalin Tanpa Suami, Anak Dituduh Haram” – Fara Salleh Dedah Derita Selepas Kelahiran Anak Shuk Sahar

by Puteri Alia
July 8, 2025
Share on Facebook

Ketika badai rumah tangga masih belum reda, isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh mengejutkan ramai apabila mengumumkan kelahiran anak sulung mereka, seorang bayi perempuan bernama Elaine Nada. Bayi comel seberat 2.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada 26 Jun lalu, tepat jam 6.10 petang. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Fara, 33, menzahirkan rasa syukur kerana berjaya melalui fasa kehamilan dan kelahiran dengan kekuatan sendiri, tanpa kehadiran suami di sisi.

Menurut Fara, tiada bayang seorang lelaki sepanjang proses getir tersebut, namun dia tetap tabah demi anak yang dikandungnya. Lebih menyentuh hati, Fara turut berkongsi bahawa kucing kesayangannya, Tiger, menemani dirinya sepanjang kehamilan dan meninggal dunia hanya dua hari selepas dia selamat bersalin, seolah-olah memahami perjuangan tuannya dan memilih untuk pergi setelah segalanya selesai. Dalam coretan yang penuh perasaan itu, Fara memohon doa agar Elaine membesar dengan sihat dan diberi kehidupan yang baik.

Fara juga tidak berselindung berkongsi detik-detik mencabar ketika melahirkan Elaine, termasuk pengalaman pertama menerima suntikan epidural yang menurutnya tetap menyakitkan dan bukanlah ‘jalan pintas’ untuk elak rasa sakit seperti tanggapan sesetengah orang. Disebabkan tiada bukaan dan bayi mulai lemas, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan. Malangnya, Elaine tidak dapat berada bersama ibunya sejurus dilahirkan kerana perlu dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman dalam air ketuban. Fara sendiri dimasukkan ke wad selama hampir lima hari.

Yang lebih mengundang perhatian adalah kenyataan Fara bahawa Shuk tidak berada bersama ketika detik kelahiran tersebut. Malah, sebelum ini Fara pernah meluahkan secara terbuka kekesalan terhadap institusi perkahwinan, memberi bayangan jelas bahawa rumah tangganya dengan Shuk yang belum pun mencecah setahun sedang bergolak hebat. Pada April lalu, kontroversi semakin memuncak apabila Fara mendakwa Shuk melafazkan cerai talak satu menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand. Lebih menyedihkan, Fara turut mendakwa Shuk pernah menuduh anak yang dikandungnya adalah anak haram, menambah luka pada situasi yang sudah pun penuh tekanan.

Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023, menjadikan ini perkahwinan kedua buat pelawak berusia 38 tahun itu selepas perkahwinan pertamanya bersama Rossa Sera berakhir pada 2023. Hasil perkahwinan pertama, Shuk dikurniakan dua anak perempuan. Kini, tumpuan ramai bukan hanya tertumpu pada kehadiran bayi Elaine Nada, tetapi juga pada perjalanan getir seorang wanita yang terpaksa menempuh detik terindah dalam hidupnya dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan ketidaktentuan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
farasyuk sahar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Putera Harry & Meghan Markle Pilih Inap Rumah Kawan Berbanding Istana

by Nurul A.
November 5, 2026

Putera Harry dan Meghan Markle telah mengambil keputusan kembali ke England untuk lebih dekat dengan Raja Charles III tanpa menggalas...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara