Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di Resorts World Awana (RWA) boleh masuk dalam bucket list.

Berlangsung pada 31 Oktober ini di Great Lawn, RWA, acara ini menggabungkan suasana Halloween dengan pelbagai aktiviti santai untuk pencinta kucing, keluarga dan rakan-rakan.

Paling best, kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang dengan kostum pilihan, bawa kucing kesayangan dan lepak di kawasan terbuka sambil menikmati udara nyaman tanah tinggi.

Catwalk Kucing Jadi Acara Kemuncak

Boleh bayangkan kucing-kucing lengkap berkostum Halloween berjalan atas pentas?

Bermula 8.30 malam, Catwalk & Fashion Show bakal menjadi antara tarikan utama Meowloween apabila kucing-kucing RWA tampil dengan gaya masing-masing.

Pengunjung juga boleh menyertai kemeriahan dengan kostum bertemakan kucing atau mendapatkan lukisan wajah pada harga RM15 dan RM30.

Selain itu, ada permainan seperti Giant Jenga, Giant Tic Tac Toe dan Cornhole di Lawn Game Alley. Kanak-kanak pula boleh menikmati aktiviti khas termasuk permainan buih.

Muzik, Bengkel Kreatif & Makanan

Great Lawn, RWA,

Malam Halloween anda juga ditemani persembahan muzik secara langsung pada 6.30 petang dan 9 malam.

Bagi yang suka aktiviti DIY, terdapat beberapa bengkel kreatif dengan harga bermula RM20, termasuk melukis plaster. Pengunjung turut boleh mencuba kraftangan bulu biri-biri atau menghasilkan tabung syiling pada harga RM40.

Topik Berkaitan Rebut Tiket BUNGA 2026: Tulis Slogan Kreatif, Menang Pas Masuk Festival Bunga Tertinggi Malaysia

Nak Sambung Bermalam di Genting?

Kalau tak mahu rushing balik, RWA turut menawarkan pakej penginapan bersama sajian Meowloween, bermula RM390 untuk dua orang bagi Superior Deluxe.

Jadi, sudah bersedia nak gayakan si comel untuk Halloween kali ini?

Dengan catwalk kucing, muzik, makanan dan aktiviti santai bawah langit malam, Under The Stars Meowloween nampaknya memang sesuai untuk anda yang mahu sambut Halloween dengan cara yang lebih chill dan comel.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Resorts World Genting.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Catwalk & Fashion Showresorts world awanaUnder The Stars Meowloween
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Jadi Bila Semua Juruterbang & Kru Kabin AirAsia Buat Saringan Dadah?

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Bila naik kapal terbang, perkara paling penting tentunya sampai ke destinasi dengan selamat. Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimana syarikat penerbangan...

Read moreDetails
LifeXplore

Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp: Bila Bakat, Kemahiran Dan Peluang Bertemu

by Phic ARMAN
October 2, 2026

Pernah tak anda sampai pada satu tahap dalam hidup dan terfikir, “Adakah ini sahaja peluang dan kemahiran yang saya ada?”...

Read moreDetails
Vietjet, Promosi 9.9 RM268
LifeXplore

Promosi 9.9 Selama 3 Hari, Vietjet Tawar Tambang Serendah RM268

by Nurul A.
September 9, 2026

Untuk bulan September ini, syarikat penerbangan Vietjet melancarkan promosi 9.9 selama tiga hari, khas untuk rakyat Malaysia yang merancang percutian...

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
LifeXplore

Urbanscapes 2026 Kembali Selepas 7 Tahun, Ini 5 Perkara Menarik Yang Anda Tak Patut Terlepas!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas tujuh tahun menyepi, Urbanscapes akhirnya kembali menghidupkan Kuala Lumpur dari 31 Oktober hingga 15 November 2026. Menariknya, kali ini...

Read moreDetails
Genting Berhad, Genting Dementia Care, Merdeka
LifeXplore

Sarat Dengan Semangat Kemerdekaan, Genting Berhad Anjur Karnival Ambang Hari Merdeka 2026

by Nurul A.
September 8, 2026

Genting menghimpunkan lebih 200 ahli komuniti, kakitangan serta keluarga mereka di Genting Dementia Care Centre pada 30 Ogos 2026 menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

Rakyat Sarawak Boleh Shopping IKEA Dengan Harga Sama, Ini Lokasi Gedung Baharu!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak! IKEA Malaysia bakal membuka gedung fizikal pertamanya di Sarawak pada 27 November 2026, bertempat di...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
LifeXplore

Raja Muda Selangor Turut Turun Padang, Sokong Penghuni Rumah Sahabat Bina Hidup Baharu

by Phic ARMAN
August 30, 2026

Kadang-kadang, peluang kedua bukan sekadar kata-kata. Ia perlu hadir dalam bentuk peluang untuk bekerja, belajar dan kembali yakin pada diri...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara