Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

5 Selebriti Ini Tetap Bahagia Walaupun Belum Dikurniakan Cahaya Mata

Rumah tangga yang bahagia tidak semestinya memiliki cahaya mata. Buktinya, lihat sahaja 5 artis seberang ini, hubungan mereka tetap utuh walaupun belum dikurniakan zuriat.

by Jash Lee
November 27, 2021
Share on Facebook

Setiap pasangan suami isteri tentu tidak sabar untuk memiliki zuriat sebagai pelengkap rumah tangga. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dan dikurniakan zuriat dalam tempoh masa yang cepat dan pasti ada yang terpaksa menunggu lama malahan berpuluh tahun.

Keadaan seperti ini sering mencetuskan masalah dalam rumah tangga malah ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan hingga boleh menyebabkan penceraian jika tidak diatasi dengan sempurna dan sabar .

Perkara seperti ini tidak hanya berlaku kepada orang biasa malah sesiapa sahaja, tidak kira seseorang itu artis atau sebagainya. Sama seperti beberapa selebriti yang akan kami senaraikan ini, mereka sudah lama berumah tangga dan telah mencuba pelbagai cara, namun masih belum juga dikurniakan zuriat. Namun apa yang menarik tentang pasangan ini, mereka sama sekali tidak berputus asa malahan  mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

Siapakah pasangan selebriti yang kami maksudkan ini yang masih kekal bahagia walaupun belum dikurniakan zuriat? Jom kita tengok!

1. Dea Ananda Dan Ariel Nidji

via Ig

Masih ingatkah anda dengan kumpulan Trio Kwek Kwek yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak dahulu? Beberapa dekad telah berlalu, ketiga-tiga ahli itu kini telah membawa haluan masing-masing. Daripada mereka bertiga, rupanya hanya Dea Ananda sahaja yang sudah berkahwin.

Malah Dea Ananda telah berumah tangga bersama Ariel Nidji selama 12 tahun. Malangnya, sehingga kini pasangan pemuzik itu masih belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun begitu, rumah tangga Dea Ananda dan Ariel Nidji sentiasa nampak cool dan tenang serta jauh dari sebarang gosip.

Malah, mereka berdua juga selalu menunjukkan rasa sayang di laman sosial masing-masing. Kini, pasangan yang berkahwin pada 9 Ogos 2009 yang lalu, sedang mengikuti program IVF.

2. Dimas Seto Dan Dhini Aminarti

via Ig

Pasangan sinetron Dimas Seto dan Dhini Aminarti yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka juga sering diajukan soalan tentang anak dan perkara itu agak menyakitkan buat mereka berdua.

Ada juga segelintir pihak yang beranggapan mereka berdua sengaja melengahkan proses untuk mendapatkan zuriat. Namun pada hakikatnya, Dimas Seto dan Dhini Aminarti telah menjalankan pelbagai usaha bagi mempercepatkan proses untuk mereka menimang cahaya mata.

Pun begitu, segala komen yang kurang menyenangkan itu nampaknya tidak sedikitkan menjejaskan rumah tangga mereka malahan hubungan mereka menjadi semakin erat.

3. Gilang Dirga Dan Adiezty Fersa

via Ig

Salah seorang artis yang kekal bahagia walaupun masih belum dikurniakan zuriat ialah pasangan Gilang Dirga dan Adiezty Fersa. Selepas dua kali mengandung dan keguguran, Adiezty Fersa dan Gilang Dirga tidak lagi dikurniakan zuriat sehingga memasuki usia perkahwinan yang ke 5.

Adiezty Fersa dan Gilang Dirga juga telah mencuba untuk menyertai program IVF pada tahun 2020. Malangnya prosedur pemindahan embrio yang mereka lakukan tidak berjaya walaupun keputusan testpack menunjukkan dua garisan biru.

Tidak berputus asa dengan hal itu, pasangan yang berkahwin pada tahun 2016 ini tetap bersabar dan bahagia menikmati masa bersama.

4. Dewi Sandra Dan Agus Rahman

via Ig

Telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2011 lagi, Dewi Sandra dan Agus Rahman masih sabar menanti kehadiran bayi mereka. Malah, Dewi Sandra mengakui dia redha jika ditakdirkan dia tidak langsung akan dikurniakan cahaya mata.

Malah, Dewi Sandra yang sebelum ini pernah berkahwin dua kali juga tidak dikurniakan zuriat dan pernah membangkitkan isu tersebut sebelum bersetuju dengan lamaran Agus Rahman. Nampaknya, Agus telah menerima dengan hati terbuka dan tetap setia menemani isterinya walau dalam apa jua keadaan.

Menurut pasangan ini, daripada mencuba IVF lebih baik mereka terus mencuba sendiri dan berserah kepada keputusan Tuhan yang telah ditentukan.

5. Fathir Muchtar Dan Fera Feriska

via Ig

Dikhabarkan pasangan cinta lokasi, Fathir Muchtar dan Fera Feriska ini telah memutuskan untuk bernikah pada usia muda dan sengaja merancang kehamilan selama empat tahun.

Bagaimanapun, setelah lime belas tahun hidup sebagai suami isteri, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun pada tahun 2012, Fera pernah mengandung tetapi keguguran kerana janin yang tidak berkembang dengan sempurna.

Walaupun usia perkahwinan mereka sudah mencecah belasan tahun tanpa kehadiran cahaya mata, namun cinta Fathir Muchtar dan Fera Feriska sedikit pun tidak pernah pudar dan kedua-dua mereka sangat bahagia dan semakin rapat.

Itulah antara lima selebriti dari seberang yang dapat kami rungkaikan buat tatapan pembaca. Mereka masih kekal bahagia walaupun belum dikurniakan zuriat sebagai penyeri rumah tangga mereka. Semoga suatu hari nanti kita akan mendengar perkhabaran gembira dari mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
deanandadewisandradimassetogilangdirga
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennyjohnsonhi5 (IG)
Spotlight

Tiada Reaksi Ketika England Jaringkan Gol, David Beckham ‘Backup’ Isteri- “Dia Rai Dalam Hati”

by Nurul A.
July 16, 2026

Bekas pemain bola sepak lagenda, Sir David Beckham tampil mempertahankan isterinya, Victoria Beckham selepas reaksinya semasa perlawan suku akhir Piala...

Read moreDetails
Foto - @movielinkmv (IG)
Korea

Dirancang Atau Ejen 66 Benar-Benar Mati?- Ini Penjelasan Ending ‘Agent Kim Reactivated’

by Nurul A.
July 27, 2026

Selepas berminggu-minggu penonton beremosi menunggu episod 'Agent Kim Reactivated' dikeluarkan di Netflix, akhirnya pada minggu lepas siri drama Korea ini...

Read moreDetails
Spotlight

Westlife Janji Bakal Cipta Memori Baharu Di KL, Sambut 25 Tahun Bersama Peminat

by Phic ARMAN
July 14, 2026

Kalau sebut Westlife, mesti ramai terus teringat lagu-lagu yang pernah jadi 'soundtrack' zaman sekolah, universiti atau kisah cinta dulu. Kali...

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Eyra Hazali Bunian
Spotlight

[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali

by Nurul A.
August 20, 2026

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri mengenai kelahirannya. Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra mendakwa kejadian itu...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Spotlight

‘Leak’ Maklumat Peribadi Khairul Aming, Netizen Gesa Peminat Fanatik Disaman

by Nurul A.
July 21, 2026

Usahawan Khairul Aming, atau mesra disapa sebagai KA, sekali lagi menjadi perhatian ramai kerana seorang wanita didakwa peminat fanatiknya telah...

Read moreDetails
Foto - rhyu
Spotlight

Penyanyi Singapura, rhyu Kembali Dengan Single Baharu “Pity”

by Nurul A.
July 20, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Singapura, rhyu, kembali dengan lagu hit sentimental baharu, ‘Pity’, keluaran single ketiga tahun ini. Dalam single...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Posing Depan ‘Private Jet’! Celine Dion Buat Apa Dekat Singapura?

by Phic ARMAN
July 16, 2026

Nama Celine Dion tiba-tiba kembali menjadi perhatian peminat Asia selepas penyanyi legenda itu memuat naik beberapa hantaran berkaitan Singapura di...

Read moreDetails
Foto - GSC
LifeXplore

IMAX® Baharu Dengan Laser Akan Tiba Di GSC IOI Mall Damansara Pada 16 Julai Ini!

by Nurul A.
July 13, 2026

Golden Screen Cinemas (GSC) akan melancarkan IMAX® terbarunya dengan Laser Hall di Petaling Jaya, dengan lokasi ke-6 dan terbarunya di...

Read moreDetails
Spotlight

[REVIEW] Jangan Buang Ibu: Kalau Tak Kuat Emosi Jangan Tengok Sebab…

by Phic ARMAN
July 15, 2026

Bukan semua filem mampu buat penonton keluar panggung dengan mata sembap. Tapi Jangan Buang Ibu berjaya buat perkara itu. MURAI...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara