Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore IbuBapa

ABARO: Inovasi Kasut Teknologi Pertama Di Malaysia Untuk Tersayang

by Nurul A.
May 14, 2026
Foto - ABARO

Foto - ABARO

Share on Facebook

Seiring peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua, jenama kasut tempatan ABARO tampil dengan solusi ringkas dan praktikal menerusi Tropix HideTech Sneakers.

Rangkaian ini menandakan kali pertama inovasi HideTech diperkenalkan dalam koleksi kasut dewasa. Ianya direka khas untuk menyokong penjagaan harian insan tersayang sambil memberikan ketenangan fikiran kepada seisi keluarga.

Foto – ABARO

Menggunakan teknologi HideTech, Tropix HideTech Sneakers diadaptasikan untuk kegunaan dewasa menerusi rekaan poket tersembunyi. Ianya membolehkan alat penjejak GPS disimpan dengan selamat bagi membantu pemantauan lokasi oleh ahli keluarga apabila diperlukan.

Fungsi ini hadir seiring perubahan keperluan pengguna masa kini apabila semakin ramai perlu mengimbangi diantara tuntutan kerja dan tanggungjawab penjagaan ibubapa.

Selain itu kasut ini turut direka untuk keselesaan harian yang praktikal, dengan ciri-ciri seperti:

  • Kusyen Comfort Max Pro di tapak dalam dengan sokongan lengkungan kaki adaptif untuk keselesaan berpanjangan.
  • Tapak luar getah, GripTech untuk cengkaman kukuh serta kestabilan langkah.
  • Tali elastik untuk pemakaian mudah tanpa perlu mengikat.
  • Rekaan ringan yang menyokong pergerakan lebih selesa sepanjang hari.
Foto – ABARO

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu biru, kelabu dan hitam, sesuai untuk gaya harian yang versatil.

Diperkenalkan sempena sambutan Hari Ibu Bapa Sedunia, Tropix HideTech Sneakers membawakan makna lebih daripada sekadar hadiah. Ia melambangkan perhatian, keprihatinan dan kefahaman terhadap keperluan keluarga hari ini.

Foto – ABARO

Bersempena meraikan sambutan yang istimewa ini, ABARO menawarkan pakej istimewa Tropix HideTech Sneakers bersama GP eTag Smart Tracker pada harga RM99 (harga runcit RM259). Sah sehingga 15 Jun 2026, pakej istimewa ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Koleksi ini boleh didapati di Shopee dan laman web rasmi ABARO.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ABAROabaro Tropix HideTech Sneakers
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara