Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Ada Sebabnya E-Hailing KLIA T2 Sesak Ketika Waktu Puncak

by Nix
December 29, 2025
via Reddit /@mochamocha9988

via Reddit /@mochamocha9988

17
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengalaman menaiki perkhidmatan e-hailing di KLIA Terminal 2 (KLIA2) kembali menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet di media sosial.

Seorang pengguna berkongsi rasa kecewa terhadap reka bentuk zon e-hailling di terminal berkenaan yand didakwa tidak lagi mampu menampung permintaan tinggi, terutamanya ketika waktu puncak. Lebih mengecewakan, aduan yang disuarakan sejak bertahun-tahun lalu dilihat seolah-olah tidak membawa sebarang perubahan ketara.

Gambaran Sebenar di Lokasi

Posting yang dikongsikan melalui Reddit memaparkan kesesakan sesak teruk di kawasan pengambilan e-hailing KLIA2 pada waktu malam. Aliran trafik terlalu padat sehingga kenderaan beratur rapat, lampu brek merah menyala sepanjang jalan.

Pemandangan ini secara tidak langsung mencerminkan had reka bentuk sedia ada yang semakin ketara apabila jumlah kenderaan meningkat.

KLIA T2 e-hailing pickup
byu/mochamocha9988 inmalaysia

Caj Masuk, Tambah Tekanan

Situasi menjadi lebih sensitif apabila pengendali e-hailing turut dikenakan caj RM2.16 bagi setiap kemasukan ke zon pengambilan penumpang. Walaupun jumlah itu mungkin kelihatan kecil, bagi pemandu yang terperangkap lama dalam kesesakan, ia dianggap satu beban tambahan kerana masa terbuang, kos meningkat, dan pengalaman pengguna yang terjejas.

Cari Jalan Selamat

Meninjau ruangan komen, ramai warganet berkongsi strategi alternatif. Ada yang memilih menaiki KLIA Transit atau KLIA Ekspres sekurang-kurangnya ke Putrajaya atau KL Sentral sebelum menempah e-hailing, demi mengelakkan zon yang disifatkan sebagai “mimpi ngeri”.

Topik Berkaitan Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan
via Reddit /@FireTempest
via Reddit /@memeranglaut
via Reddit /@monyet2

Seorang pengguna mengakui terpaksa menempah kereta premium semata-mata untuk mendapatkan masa pengambilan yang munasabah, satu pilihan yang hanya relevan bagi mereka yang boleh membuat tuntutan terhadap tempat kerja mereka.

Dalam masa sama, terdapat pandangan lebih struktural iaitu KLIA2 dibina pada era sebelum ledakan e-hailing.

Ruang yang asalnya diperuntukkan untuk teksi kini terpaksa menampung jumlah kenderaan yang jauh lebih tinggi, sesuatu yang tidak pernah dijangka ketika perancangan awal. Ada juga yang menyifatkan isu ini sebagai kegagalan perancangan jangka panjang.

Perlu Penyesuaian, Bukan Sekadar Aduan

Keluhan ini bukan sekadar rungutan individu, tetapi refleksi kebimbangan komuniti yang semakin terbeban dengan realiti mobiliti moden. E-hailing sudah menjadi keperluan harian, bukan lagi pilihan sampingan.

Justeru, penyesuaian dari segi reka bentuk, aliran trafik dan pengurusan zon pengambilan di KLIA2 dilihat semakin mendesak. Tanpa perubahan, pengguna mungkin terus memilih jalan alternatif atau sekadar mengeluh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
e-hailingkesesakan lalu lintasKLIA2suara netizen
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara