Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Ada Yang Kata Kalau Nak Berat Badan Turun Dengan Cepat, Makan Guna Pinggan Warna Ini…

by Soph Azz
March 6, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Sudah cuba bermacam-macam jenis diet; tips dan petua tetapi berat badan masih tak turun atau degil sangat nak turun angka bila naik penimbang? Sebagai solusi terakhir, mungkin kamu kena cuba cara ini pula untuk turunkan berat badan – tukar warna PINGGAN!

Mungkin ada yang tidak tahu, warna pinggan memainkan antara peranan penting dalam menaikkan berat badan kita. Beberapa warna pinggan boleh membuatkan kamu menjadi lebih berselera daripada biasa. Dan ada juga beberapa warna yang boleh potong selera, buatkan kamu dapat kawal berat badan dengan lebih mudah.

Warna pinggan ini yang paling berkesan! 

Dipetik daripada The Healthy Journal, mereka yang makan daripada pinggan berwarna putih atau merah, akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak. Kerana warna-warna ini membuatkan makanan nampak lebih menarik dan sedap.

Foto – Pinterest

Pinggan berwarna merah dikatakan antara warna yang meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, membuatkan kita berasa lebih lapar daripada biasa.

Foto – Pinterest

Manakala makan dalam pinggan berwarna kelabu, hitam, coklat dan unggu pula dianggap sebagai penahan selera. Ini kerana seseorang itu akan nampak makanan dalam pinggan ini nampak kurang menarik dan tidak berselera. Tetapi antara warna pinggan yang boleh turunkan berat badan dengan lebih berkesan dan terbaik adalah biru!

Foto – Pinterest

Tambahan pula, ada kajian mengatakan makan di atas pinggan berwarna kontras seperti biru akan buatkan otak memberi signal pada selera seseorang itu. Kesannya individu tersebut akan terbantut seleranya dan makan lebih sedikit berbanding biasa. Menurut Dr. Brian Wansink, pengarah Cornell University (Food & Brand Lab) berkongsi, siapa yang suka mengambil karbohidrat secara berlebihan, boleh cuba untuk hidangkan makanan tersebut di atas pinggan berwarna navy atau hitam berbanding putih.

Kalau di rumah penuh dengan pinggan putih, cubalah beli pinggan berwarna biru pula ye. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
petua turun berat badanpinggan kurustips kuruswarna bagi kurus
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara