Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aeril Zafrel Jual Hadiah Pemberian Isterinya Lamborghini Aventador RM2.1 Juta, Sebahagian Hasil Jualan Sumbang Kepada Misi Kemanusiaan Gaza

by Puteri Alia
October 24, 2023
Share on Facebook

Ajaran Islam menuntut umatnya agar mengambil peduli terhadap kebajikan orang lain tanpa mengira sama ada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita ataupun tidak.

Sifat mengambil peduli antara satu sama lain akan membina sebuah keluarga yang bahagia sekali gus melahirkan masyarakat yang makmur dan sejahtera.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tular di media sosial apabila kereta mewah Lamborghini Aventador milik pelakon terkenal Aeril Zafrel berjaya dijual dengan harga RM2.1 juta.

Aeril, 35, atau nama sebenarnya Suhairul Sunari berkata, hasil jualan kereta itu turut disalurkan pada Misi Kemanusiaan di Gaza, Palestin.

“Kereta ini saya dah gunakan sejak setahun lalu. Walaupun jarang dibawa berjalan, tapi ia tetap memberikan nilai sentimental. Apatah lagi ia adalah hadiah daripada isteri tercinta.

“Cuma bila memikirkan di rumah pun sudah ada beberapa kereta lain yang lebih kerap digunakan, saya ambil keputusan untuk jual Lamborghini ini. Isteri pun okay saja.

“Dalam masa sama, saya dah pasang niat kalau kereta ini terjual, sedikit hasilnya saya nak sumbangkan pada tabung bantuan kemanusiaan di Gaza. Insya Allah, dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di sana,” katanya.

Menurutnya, memiliki kereta itu sudah memenuhi impiannya selama ini.

“Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada isteri nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya.

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- "Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?"
Aeril Zafrelwawa zainal
https://lomp.at/5zoll
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Janna Nick Bersuara Selepas Dituduh Buat ‘Fake Account’ Dari UK-“Korang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia..”

by Naddy Joe
April 21, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara selepas muncul dakwaan dirinya membuat satu akaun palsu di Thread, baru-baru ini. Janna Nick atau...

Read moreDetails
Spotlight

Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

by Phic ARMAN
April 8, 2026

Di sebalik dunia hiburan yang sering dihiasi senyuman dan glamor, terselit satu kisah yang cukup meruntun jiwa. MURAI mendapat tahu,...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Foto - @zizi_kirana (IG)
Lokal

Zizi Kirana Kongsi Foto Bersama Keluarga Yusuf Bahrin, Netizen Puji

by Nurul A.
April 8, 2026

Terkini, penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah foto mesra bersama keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin. Menerusi platform...

Read moreDetails
Lokal

“Tak Pernah Tengok Dia Marah Macam Ni..”-Azrul Zaidi

by Naddy Joe
April 24, 2026

Pelawak, pelakon, dan pengacara, Azrul Zaidi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sikap sebenar penyanyi Ameng Spring selepas tular tuduhan dakwaan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara