Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

AirAsia X HYROX: Pengurus Besar & Kru Cabar Diri Tarik Pesawat 44 Tan

by Phic ARMAN
January 23, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari itu, MURAI berpeluang menyaksikan satu cabaran luar biasa di ADE Hangar MRO, hangar penyelenggaraan pesawat terbesar di Malaysia, hanya beberapa minit dari KLIA2. Ruang luas dan deretan pesawat yang tersusun rapi menjadi latar kepada aksi yang jarang dilihat.

Fokus hari itu adalah AirAsia Airbus 320 seberat 44 tan,  bukan pesawat biasa, tetapi edisi khas hasil kerjasama AirAsia dan HYROX, lengkap dengan livery bertemakan ‘Keep Moving, Keep Rising’. Pesawat ini bukan sekadar simbol kolaborasi, tetapi juga cerminan semangat kecergasan dan gaya hidup aktif yang diperjuangkan kedua-dua jenama.

Pengurus Besar AirAsia, Benyamin Ismail, memulakan cabaran dengan penuh yakin. Bersamanya, kru kabin dan juruterbang turut sama menyahut cabaran itu. Dengan tangan memegang tali khas, mereka menarik pesawat itu beberapa meter, perlahan tetapi pasti. Atmosfera di hangar terasa penuh tenaga, sorakan dan gelak tawa mengiringi setiap gerakan.

View this post on Instagram

Yang menarik, bukan sahaja kekuatan fizikal yang ditonjolkan, tetapi juga semangat kerjasama dan motivasi yang jelas terpancar. Setiap ahli pasukan kelihatan gembira, menikmati cabaran sambil menunjukkan bahawa dengan usaha dan sinergi, apa sahaja mungkin dicapai.

Kerjasama AirAsia dan HYROX ini menandakan satu langkah baharu dalam menghubungkan komuniti kecergasan, gaya hidup dan pelancongan di Asia Tenggara.

HYROX, yang dikenali sebagai platform perlumbaan kecergasan global, bukan sekadar perlumbaan,  ia adalah gaya hidup berasaskan komuniti, konsistensi, dan aspirasi bersama. Merangkumi lebih daripada 15 destinasi di seluruh Asia Pasifik, kerjasama ini dijangka akan menghubungkan komuniti HYROX yang semakin berkembang dengan lebih 250,000 penglibatan atlet pada tahun 2026. Dengan rangkaian AirAsia yang merangkumi lebih 130 destinasi dan saluran tempahan AirAsia MOVE, atlet serta peminat HYROX kini boleh melakukan perjalanan ke acara-acara utama dengan lebih mudah dan lancar.

Benyamin dan kru AirAsia bukan sahaja menunjukkan kekuatan fizikal mereka dengan menarik pesawat 44 tan, tetapi juga memberi simbol kepada semangat ‘Keep Moving, Keep Rising’ yang dipegang oleh kedua-dua jenama. Momen itu jelas memperlihatkan bagaimana AirAsia dan HYROX menyatukan komuniti melalui pengalaman dan cabaran dari landasan hangar ke arena kecergasan.

Acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran influencer dan personaliti kecergasan terkenal, termasuk Dr Say Shazril dan tidak ketinggalan Raeiz Hamed, yang baru-baru ini menyertai perlumbaan HYROX di Hong Kong. Kehadiran mereka menambah semangat dan inspirasi, sekali gus membuktikan bahawa cabaran dan gaya hidup aktif kini menjadi trend yang digemari ramai di seluruh Asia.

[VIDEO] 7 Hal Luar Biasa Berlaku di Vivid Sydney 2025, Takkan Jumpa Di Tempat Lain
airasiaBenyamin IsmailHyrox
https://lomp.at/40h13
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Pembiayaan Rumah Hijau Hingga 110%? RHB & Cagamas Tawar Solusi Baharu Untuk Rakyat Malaysia

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Impian memiliki rumah yang selesa, moden dan mesra alam kini semakin dekat dengan realiti apabila Kumpulan Perbankan RHB (RHB) bersama...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Pencemaran Habuk! Luahan Hati Penduduk Gelang Patah Akhirnya Dapat Perhatian

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Suasana sedikit hangat di Taman Nusantara Prima, Taman Nusa Bayu, dan Pangsapuri Bayu Angkasa pagi tadi apabila lebih kurang 50...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

by Naja Nix
February 22, 2026

Tular satu perkongsian di media sosial apabila seorang individu  meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa perlu membayar sehingga RM42 untuk hidangan...

Read moreDetails
via KTMB
Sosial Buzz

Drama KTM Komuter Lagi! Penumpang Kecewa, 2 Jam Setengah Dari KL Sentral ke Bukit Badak

by Naja Nix
January 22, 2026

Tular sebuah perkongsian di Thread di mana seorang pengguna meluahkan rasa kecewa selepas perjalanan menaiki KTM dari KL Sentral ke...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Lebih ‘Dekat’ Dengan Rakyat, 10,000 Kedai Runcit Kecil Disasar Seluruh Negara

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) apabila menyasarkan pembabitan 10,000 kedai runcit kecil di seluruh negara menjelang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara