Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

AirAsiaX Siap Sedia Terbang Ke London Pada 2026? Tapi Kena Transit?

by Phic ARMAN
December 15, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas lebih 10 tahun ‘hilang’ dari radar, AirAsia dikatakan sedang pasang niat nak kembali terbang ke London Gatwick, dan kali ini ceritanya bukan biasa-biasa.

Apa yang buat gosip ini makin panas, menurut Twitter UK Airport Updates, AirAsia bukan saja rancang penerbangan harian, malah jawatan wakil dan base manager di London Gatwick sudah mula dibuka. Kalau sekadar angin lalu, takkan sampai buka kerja, kan? Lebih menarik, operasi ini dikatakan akan berlepas dari South Terminal Gatwick. Nampak gaya, persiapan dah mula gerak senyap-senyap.

VIA Twitter

Tapi… yang buat MURAIi angkat kening, laluan ini dikatakan tak direct. Sumber mendakwa pesawat AirAsia akan singgah (transit) di Bahrain dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Betul ke?

Adakah ia sekadar kebetulan, atau memang sudah dirancang lama? Ini kerana Capital A Berhad, syarikat induk AirAsia yang diterajui Tan Sri Tony Fernandes, baru sahaja menandatangani Letter of Intent (LOI) dengan Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi Bahrain. Perjanjian itu bertujuan meneroka penubuhan Bahrain sebagai hab AirAsia di Timur Tengah, sekali gus membina jambatan penerbangan utama antara ASEAN dan rantau Eropah. Jadi bila nama Bahrain tiba-tiba disebut sebagai lokasi transit ke London, ramai mula tertanya-tanya. Adakah ini kebetulan atau strategi yang memang sudah ‘dikunci’ awal?

Kalau imbas balik, AirAsia sebenarnya pernah jejak London sejak 2009, mula di Stansted sebelum pindah ke Gatwick pada 2011. Tapi hayatnya singkat, setahun je bertahan sebelum ditutup akibat harga minyak melambung dan penumpang makin susut. Namun kali ni, strateginya nampak lebih kemas, siap dengan hab transit yang kononnya lebih jimat kos.

Dan tambah ‘api’ lagi pada gosip ni, AirAsiaX baru sahaja kembali ke Eropah bulan lalu dengan laluan Kuala Lumpur–Istanbul. Jadi, bila cerita London Gatwick timbul lepas itu, memang susah nak anggap kebetulan semata-mata.

Belum ada pengumuman rasmi, tapi bila jawatan dah dibuka, terminal dah disebut, dan perjanjian Bahrain dah ditandatangani… susah nak nafikan, comeback AirAsia ke London Gatwick nampak makin hampir jadi kenyataan. Kita tunggu je masa  gosip hari ni, mungkin pengumuman esok lusa.

Perjalanan KL-London Dengan AirAsia X Dijangka 16 Jam?
London GatwickTony Fernandes
https://lomp.at/cbz1d
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Gambar: Official Website @Masbro Hidden Village
LifeXplore

Wow! Cantiknya Masbro Hidden Village, Rasa Macam Dalam Hutan Sebenar

by Farah Fatihah
February 14, 2026

Bangun pagi dengan bunyi burung berkicauan, diiringi gemericik air terjun dan udara segar di Lenggong, Perak. Masbro Hidden Village menawarkan...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara