Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akui Menangis ‘Terpaksa’ Padam Semua Gambar Yang Tidak Menutup Aurat, Norreen Cekalkan Hati Mahu Bertudung

by Puteri Alia
February 2, 2024
Share on Facebook

Selaku seorang pengguna media sosial yang tegar, berkongsi tentang aktiviti seharian bukan lagi perkara pelik dalam kalangan masyarakat.

Walaupun media sosial merupakan platform untk berkongsi apa sahaja, Namun, sebagai seorang Muslim dan wanita khususnya, dilihat ramai juga yang memandang enteng akan perkara ini. Bahkan tanpa segan silu memaparkan aurat.

Namun, melakukan amalan baik sudah pasti diberikan ganjaran hebat daripada ALLAH. Ramai beranggapan jika ingin berubah ia perlu dilakukan secara drastik. Sebenarnya, amalan paling dicintai ALLAH ialah amalan yang sedikit, tetapi berterusan.

Berbahas soal ini, pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman tiada secebis penyesalan apabila kini memutuskan untuk bertudung sepenuhnya.

Norreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah berkata, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama (tidak bertudung) namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaannya sekarang.

“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.

“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya menerusi muat naik dalam Instgram Story.

Ujar pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu lagi, dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung namun percaya, kesemua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.

“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).

“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.

Terdahulu, Norreen menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej memakai tudung baru-baru ini.

Topik Berkaitan Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’, Netizen Pun Turut Sama Berdekah

Walaupun masih tak sempurna dalam menutup aurat, ramai yang mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu supaya kekal istiqamah dengan penampilan baharunya

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
norreen iman
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara