Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akur Dengan Status Shuib Sebagai Tunangan Orang, Tapi Peminat Pula Lebih Suka Zara Zya Berbanding Watie Jadi Pengganti Sarah

by Puteri Alia
May 26, 2023
Share on Facebook

Apabila sesuatu perkara berkait tentang jodoh, ianya merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dipaksa. Kita tidak boleh mengikut kehendak kita semata-mata, kerana Jodoh adalah ketentuan yang Maha Esa. Siapa kita untuk bersuara tentang jodoh sekiranya Allah masih belum temukan kita dengan jodoh kita?

Apa yang dialui oleh setiap individu adalah ketetapan yang ditulis oleh Allah SWT. Apabila kita sudah menebalkan muka untuk mengenali seseorang itu, namun apabila sudah tertulis jodoh kita bukan bersama mereka, pasti akan terputus jua walaupun sudah bermacam-macam usaha dilakukan.

Setiap perhubungan yang tidak berhasil, percayalah pasti ada yang lebih baik menanti anda. Jangan sesekali wujud perasaan paksa memaksa kerana jodoh, tidak boleh dipaksa.

Kita hanya boleh merancang, tidak lebih daripada itu. Diharap kepada pembaca semua yang masih belum bertemu jodoh jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah atas setiap apa yang direncanakan.

Jangan sesekali meletak harapan tinggi menggunung kerana apabila jatuh kita yang akan berasa peritnya.

Berbahas soal ini, sebelum ini pelakon cantik, Zara Zya baru-baru ini mengaku dirinya sedikit sebanyak terkena tempias netizen mengenai pertunangan rakan industrinya, Shuib dan Watie.

Kali ini, sekali lagi selebriti ini menafikan berkenaan dakwaan pernah menjalin hubungan dengan Shuib, Zara Zya mahu netizen berhenti membicarakan soal itu berikutan jejaka terbabit sudah bertunang dengan usahawan, Watie Hanifah.

Namun, menjengah ke ruangan komen sosial media, rata-rata warganet merasakan Zara ini lebih bersesuaian untuk digandingkan sebagai pasangan bercinta. Malah ada yang sentiasa mendoakan agar mereka ini berjodohan.

Bagaimanapun, memetik laporan berita Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin menjelaskan, dia dan Shuib tidak pernah bercinta, sebaliknya, apa dipaparkan sekadar gimik mempromosikan perniagaan yang diusahakan bersama.

[VIDEO] Gelagat Matin 'Terjah' Watie Hanifiah Mengidam Mahu Naik Motosikal, Netizen Terhibur!

“Ada orang bertanya kenapa bukan Zara dengan Shuib? Kenapa itu dan kenapa ini? Saya hendak buat apa? Saya dengan Shuib bukan pernah ada apa-apa pun. Kami tidak pernah jalin hubungan.

“Sampaikan ada orang yang mahu menjodohkan, hendak atur hala tuju hidup saya dengan siapa.

“Sebelum ini, gosip saya dan Shuib, seperti orang tahu, sekadar kandungan untuk perniagaan kami,” katanya
Berikutan itu, Zara berharap peminat tidak lagi memperkatakan soal itu atau menggembar-gemburkannya.

“Pasangan hidup kita bukan orang lain yang tentukan… Kita sendiri. Saya tidak beritahu sesiapa pun, tiada siapa tahu.

“Usah terlalu seronok hendak mengatur kehidupan orang lain. Saya sangat harap semua orang berhenti bercakap mengenai saya dan Shuib.

“Saya juga mohon orang ramai menghormati kehidupan peribadi saya dan Shuib,” katanya.

Benarlah kata orang, cinta dan jodoh tidak boleh dipaksa-paksa. Cinta memerlukan keikhlasan daripada dua hati untuk saling menyayangi dan melengkapi.

Biarkan cinta itu sendiri yang membawa kita ke jalan yang benar dan lurus, bukan atas dasar hawa nafsu semata-mata. Cinta ikhlas kerana Allah akan menguatkan lagi cinta kita sesama insan.

Untuk rekod, pada 6 Mei lalu, Shuib bertunang dengan Watie pada majlis tertutup di kediaman usahawan berkenaan serta dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

shuibwatie hanifiahzara zya
https://lomp.at/osb2e
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore