Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

All Together Now Malaysia Kembali Selepas 3 Bulan Ditunda Siaran, Tampil Dengan Episod Istimewa!

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Astro, ATNMY bakal membuka semula tirai dengan sebuah episod istimewa

by Khai Azfar
September 10, 2021
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Program realiti All Together Now Malaysia (ATNMY) kembali selepas ditunda sementara siarannya selama hampir tiga bulan.

Kembali Bersiaran Bermula Esok 

Menerusi sebuah kenyataan kepada Murai.my, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata segalanya telah selesai dan teruja untuk menampilkan pelbagai kandungan menarik.

“Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami” kata Raqim

Episod Istimewa Sempena Ulang Tahun Astro

Menariknya lagi, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Astro, ATNMY bakal membuka semula tirai dengan sebuah episod istimewa yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Di dalam episod istimewa ini,ATNMY akan menampilkan bintang-bintang kelahiran program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya.

Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.

Terdahulu, ATNMY hanya sempat bersiaran untuk satu episod berikutan terpaksa ditunda tayangannya atas penyiasatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia susulan tular di media sosial dakwaan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai juri yang terdiri daripada kalangan selebriti dan pengamal sosial media yang dilihat tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal.

via Azrul Rafie

Bagaimanapun, pihak Astro menyatakan rakaman program itu dibuat pada Mac di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0. Sekadar info, program realiti ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom dan Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

Antara selebriti yang terlibat sebagai juri adalah Aina Abdul, Neeta, Siti Nordiana dan Erra Fazira. Manakala Sherry Al-Hadad menggalas tanggungjawab sebagai hos rancangan itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
All Together Now Malaysia
Share14Tweet9SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara