DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-baru ini mencuri perhatian rakyat apabila mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Nanas dan SK Bukit Guntung. Apa yang membuat netizen kagum adalah penampilan Anakanda Sultan Mizan yang santai, mengenakan pakaian biasa tanpa protokol rasmi yang mewah.
Lawatan ini diiringi oleh YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra.
Video lawatan ini turut dikongsikan di laman TikTok @Lensapenerus dan mencatatkan tontonan tinggi, menandakan betapa rakyat kagum dengan keakraban Anakanda Sultan Mizan bersama masyarakat.
@lensapenerus 𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 Lawatan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu diiringi oleh YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Nanas dan SK Bukit Guntung. Turut hadir sama, YB Dato’ Nara Setia, Setiusaha Kerajaan Negeri Terengganu, Encik Abd Razak bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus serta Kapten Azulkarnain bin Awang@Abdul Aziz, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus. #PejabatDaerahdanTanahKualaNerus #kualanerus #pusatpemindahansementara #banjir2025 #pusatpemindahansementara
Turut hadir sama adalah YB Dato’ Nara Setia, Setiusaha Kerajaan Negeri Terengganu; Encik Abd Razak bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus; serta Kapten Azulkarnain bin Awang@Abdul Aziz, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus.
Kelihatan Anakanda Sultan Mizan mesra bersama rakyat jelata. Tak kurang juga yang memuji raut wajah mereka yang saling tak tumpah seperti ayahanda dan ibunda mereka, menambahkan lagi aura kedekatan dengan rakyat.

Rakyat yang menyaksikan lawatan ini tidak melepaskan peluang meninggalkan komen di media sosial. Antara yang menarik perhatian, seorang warganet menulis:
“Masyallah. Bagusnya pakai baju biasa ja.”
“Baru betul santuni rakyat dalam bencana, protokol letak tepi dulu, tak yah karpet kuning bagai. Terima kasih Raja Muda.”
Gaya Anakanda Sultan Mizan yang mesra dan rendah hati ini jelas memberi inspirasi, menunjukkan bahawa keprihatinan terhadap rakyat lebih penting daripada protokol dan formaliti.
Lawatan ini bukan sekadar meninjau keadaan mangsa bencana, tetapi juga sebagai simbolik bahawa pemimpin sentiasa dekat di hati rakyat, apatah lagi ketika situasi memerlukan sokongan moral dan fizikal.










