Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada satu lagi alasan untuk dikunjungi.
The Sports Arina di Riverside, Desaru Coast sedang dibangunkan sebagai pusat sukan dan rekreasi bersepadu, termasuk litar karting bernilai RM10 juta yang dijangka dibuka menjelang penghujung 2026.
The Sports Arina Tampil Dengan Karting Baharu
Tarikan ini bakal menampilkan trek karting kompetitif, kart bertaraf profesional serta sistem catatan masa elektronik. Yang menarik, kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun turut boleh mencuba KF KIDDY CIRCUIT, sebuah litar berhawa dingin khas untuk mereka.
Jadi, tak semestinya ayah sahaja yang boleh tunjuk skill. Anak pun boleh masuk litar dan tengok siapa sebenarnya paling laju.
Anantara Desaru Coast Jadi Basecamp
Untuk penginapan, Anantara Desaru Coast Resort & Villas menawarkan bilik dan villa dengan kadar yang berubah mengikut tarikh. Kadar rasmi semasa yang dipaparkan bermula sekitar RM1,500 semalam, manakala beberapa kadar bilik boleh mencecah RM1,800 dan ke atas.
Kalau mahu lebih premium, pakej Pool Villa Dream pula bermula RM3,978 untuk minimum dua malam dan termasuk sarapan serta makan tengah hari dan malam di Turmeric, selain beberapa manfaat tambahan.
Menariknya, banyak aktiviti resort boleh mengisi itinerary tanpa perlu keluar jauh. Antaranya Nature Walk, beach activities, Cinema Under The Stars, birdwatching, terrarium making dan aktiviti di Layang Layang Kids Club.
Mahu sesuatu yang lebih tenang? Ada Mangrove Eco Tour di Sungai Lebam, manakala peminat golf boleh ke The Els Club Malaysia yang terletak bersebelahan resort.
Jadi, bila The Sports Arina dibuka nanti, Desaru Coast nampaknya semakin lengkap, daripada karting dan aktiviti keluarga hinggalah alam semula jadi dan penginapan mewah.















