Sempena Deepavali ini, CelcomDigi mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan detik-detik yang berharga menerusi filem pendek perayaan terbaharunya, “Inaikkum Alaippu” atau “Panggilan yang Menghubungkan”.
Filem yang menyentuh hati dan santai ini memaparkan situasi yang cukup sinonim dengan banyak keluarga di Malaysia: usaha mengumpulkan semua ahli keluarga untuk merakam foto keluarga yang sempurna.
CelcomDigi Tayang Filem Deepavali Menyentuh Hati
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang bertekad untuk merakam potret keluarga semasa Pesta Cahaya.
Di sebalik kegembiraan dan kesibukan sambutan tersebut, berlaku detik-detik di luar jangkaan yang menyedarkan mereka bahawa kenangan paling bermakna bukanlah terletak pada foto yang sempurna, sebaliknya pada gelak tawa, kebersamaan, dan hubungan yang terjalin sepanjang proses tersebut.
Sama ada berada di bawah satu bumbung atau meraikannya dari kejauhan, filem ini menonjolkan bagaimana keterhubungan membolehkan insan tersayang hadir dalam detik-detik ini, sekali gus mengukuhkan ikatan yang mendekatkan sesama ahli keluarga.
“Inaikkum Alaippu” diinspirasikan oleh satu kepercayaan mudah: di sebalik setiap panggilan, pesanan, dan gigabait data, terdapat sebuah kisah manusia. Sama ada berkongsi kegembiraan perayaan atau sekadar bertanya khabar kepada insan tersayang, detik-detik harian inilah yang menjadikan sesuatu hubungan itu bermakna.
“Deepavali merupakan masa untuk keluarga berkumpul semula, meraikan tradisi, dan mencipta kenangan yang kekal abadi. Melalui ‘Inaikkum Alaippu’, kami ingin menyampaikan kisah yang dekat di hati rakyat Malaysia. Kami percaya teknologi paling berkesan apabila ia mampu mendekatkan manusia antara satu sama lain. Setiap hubungan dalam rangkaian kami mewakili jalinan sebenar, perbualan, pertemuan semula, atau kenangan indah, terutamanya semasa sambutan penting seperti Deepavali”, kongsi Chan May Ling, Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi.
Tonton video penuh, *Inaikkum Alaippu*, di saluran YouTube rasmi CelcomDigi DI SINI.












