Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Suria FM Perkenal Anna Aljuffrey Sebagai Penyampai Radio Baharu

Anna J akan mengendalikan segmen Suria Pagi Show pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

by Khai Azfar
March 18, 2022
Share on Facebook

Stesen radio popular, Suria FM telah memperkenalkan Anna Aljuffrey sebagai penyampai mereka yang baharu bermula 19 Mac 2022.

Anna J Kendali Suria Pagi Show 

Menggunakan nama pentas Anna J untuk lebih dekat bersama para pendengar, Anna atau nama sebenarnya Syarifah Nur Farhana Syed Talib

Menerusi segmen ini, pendengar akan dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu popular 90an dan terkini disamping perbincangan yang menarik dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, segmen bersama Anna juga akan memberi peluang kepada pendengar setia Suria FM untuk berbual secara langsung mengenai topik harian dan memilih lagu kegemaran sendiri untuk dimainkan di radio.

Menurut Pengurus Kanan Program Suria yang juga salah seorang penyampai radio stesen itu, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali ramai sebagai DJ Lin, pihak Suria FM merasakan sudah tiba masanya untuk menambah barisan penyampai sedia ada dalam usaha memperkukuhkan lagi jenama mereka dalam industri Radio di Malaysia.

“Selain daripada menawarkan kandungan siaran yang lebih bervariasi, kali ini kami akan turut memberi tumpuan kepada segmen di hujung minggu dalam menambat hati pendengar sedia ada juga pendengar baru termasuk pihak penaja.

“Pemilihan Anna amat bersesuaian dengan misi Suria di tahun 2022 ini, berbekalkan pengalamannya disamping gaya penampilan yang tersendiri, kehadiran Anna dilihat mampu melengkapkan percaturan strategi Suria FM dalam bersaing secara proaktif dan agresif.

“Segmen ‘Suria Pagi Show Bersama Anna J’ yang akan keudara tentunya bakal menceriakan hujung minggu pendengar dengan kandungan yang lebih segar, informatif dan interaktif.”  kata DJ Lin

Anna Sudah Lama Pasang Impian 

Kongsi Anna, dia akui sudah sekian lama memasang impian untuk jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM dan merupakan pendengar setia stesen radio itu terutamanya Suria Cinta lantaran tidak menolak peluang yang ditawarkan.

Terima Berita Tamat Kontrak Beberapa Hari Selepas Kehilangan Bapa, Suraya Borhan Berhenti Khidmat di Suria FM

Menyatakan dirinya bertuah kerana diterima baik sebagai ahli baru keluarga Suria FM, Anna turut berharap dapat belajar dan dibimbing oleh penyampai-penyampai yang lain.

Selain Ajak, Fizi Ali, Suraya Borhan, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin, kemasukan Anna merealisasikan lagi impian Suria FM untuk terus menghimpunkan barisan penyampai radio yang berbakat, versatil dan serba boleh.

Anna Jsuria fm
https://lomp.at/lrii9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara