Kalau anda gemar mengikuti dunia kecantikan, nama Embryolisse mungkin bukan sesuatu yang asing. Jenama penjagaan kulit dari Perancis ini sudah enam tahun berada di rak Guardian Malaysia sejak 2020 dan terus mendapat perhatian dalam kalangan peminat kecantikan serta jurusolek profesional.
Bagi meraikan perjalanan tersebut, Embryolisse mengadakan acara Très Chic! Beauty in Simplicity: French Beauty with Embryolisse di Eden Social Club Cafe, dengan kehadiran wakil media, pencipta kandungan dan tetamu jemputan.
Suasana kafe pada hari itu turut dihiasi rona merah jambu, krim dan biru gelap, melengkapkan konsep santai ala kafe Perancis. Bukan sekadar acara makan-makan, tetamu juga berpeluang mengenali rangkaian produk ikonik jenama berkenaan dengan lebih dekat.
Embryolisse dan Rahsia Solekan Nampak Flawless
Antara tarikan utama acara tersebut ialah demonstrasi solekan oleh jurusolek profesional Malaysia, Istiqamariah, yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam industri kecantikan.
Menariknya, rahsia solekan yang nampak kemas bukan semata-mata bergantung pada foundation mahal atau teknik solekan yang rumit. Keadaan kulit juga memainkan peranan penting, termasuk memastikan kulit mendapat kelembapan yang mencukupi sebelum solekan diaplikasikan.
Produk paling ikonik jenama ini ialah Lait-Crème Concentré, pelembap pelbagai fungsi yang turut boleh digunakan sebagai asas solekan dan topeng pelembap. Menurut maklumat jenama, satu tiub produk ini terjual setiap tujuh saat di seluruh dunia berdasarkan jumlah jualan terkumpul sepanjang 2025.
Lima Produk Embryolisse Yang Boleh Ditemui Di Guardian
Selain Lait-Crème Concentré, pengunjung turut diperkenalkan kepada Lait-Crème Sensitive untuk penjagaan kulit sensitif, Lait-Crème Rétinol-Like untuk penjagaan anti-kedutan, Mattifying Moisturizer bagi kulit berminyak atau kombinasi, serta Eau de Beauté Rosamelis, semburan toner berasaskan bunga.
Paling mencuri perhatian, Embryolisse turut memperkenalkan inovasi baharu dari Perancis, iaitu Lait-Crème Matifiant, yang direka untuk memberikan kemasan separa matte, khususnya bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi.
Embryolisse Kini Di Lebih 180 Cawangan Guardian

Menurut Stephy Siew, Ketua Bahagian Penjagaan Kulit Guardian Malaysia, Embryolisse kini menjadi antara jenama penjagaan kulit yang dipercayai pelanggan selepas enam tahun berada di pasaran tempatan.
Bagi MURAI, perkara yang menarik tentang produk pelbagai fungsi ialah kemudahannya untuk disesuaikan dengan rutin harian. Namun, jangan lupa bahawa setiap jenis kulit mempunyai keperluan berbeza. Produk yang sesuai untuk seseorang belum tentu memberikan hasil sama kepada orang lain.
Jika anda ingin mengenali rangkaian Embryolisse dengan lebih dekat, produknya boleh didapati di lebih 180 cawangan Guardian seluruh negara dan menerusi platform dalam talian Guardian Malaysia.















