Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Duit Berlambak Dalam Bank!’ -Azwan Ali Sah Bertanding Dalam PRU14

by Khai Azfar
April 23, 2018
Share on Facebook

Siapa sangka kelantangannya bersuara telah memberanikan dirinya untuk bertanding dalam PRU14 akan datang. Bukan itu sahaja, tujuan utamanya dia bertanding adalah kerana ingin melawan abangnya sendiri yang juga Naib Timbalan Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Gelar Abang Sendiri Sebagai Pengkhianat Bangsa

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, telah mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya ini bagi memastikan abangnya itu gagal memenangi sebarang kerusi. Malah, dia sendiri tidak hiraukan sebarang kecaman mahupun provokasi kerana menganggap Azmin sebagai pengkhianat bangsa.

“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,”

Akan Belanja Rendang Secara Percuma

Terdahulu, Diva AA pernah membuat laporan polis dan juga SPRM kerana mendakwa Azmin menyalahgunakan kuasanya serta turut menyimpan pelbagai rahsia mengenai abangnya itu. Sebagai makluman, Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,”

Menurut selebriti sensasi ini, dia sama sekali tidak menghiraukan wang yang akan digunakan untuk PRU-14 ini dan turut mengganggap wang pertaruhan wajib itu sebagai satu sedekah dan akan belanja rendang air tangannya sekira menang kelak.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas. Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,”

Apa pendapat anda? Bagi kami di murai.my bukanlah untuk menyebelahi Azmin, namun sekiranya Diva AA menggunakan alasan peribadi untuk menang pada kawasan tersebut, apakah pula manifestonya pada rakyat? Pilihan di tangan anda!

Topik Berkaitan “Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari Kau” – Aliff Syukri Kecewa Beg Dipijak Diva AA, Dakwa Badan Disihir

Sumber  Harian Metro 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azmin aliazwan aliazwan ali lawan azmin aliDiva AAPRU14
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara