Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Bagi Ruang Untuk Tarik Nafas, Tak Serabut”- Che Nom Pilih Untuk Berehat Seketika

by Nurul A.
August 8, 2025
Foto - @che_nom (IG)

Foto - @che_nom (IG)

Share on Facebook

Selepas isu kontroversi yang melibatkan Che Nom (atau nama sebenarnya Normah Bakar) dan anak saudaranya, pempengaruh masakan popular ini mengambil keputusan untuk berundur daripada dunia media sosial.

Bukan berundur selama-lamanya, Che Nom menerusi hantaran di Instagramnya mendedahkan dia mahu berehat seketika untuk memberi fokus kepada dirinya dan juga keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)

Dalam hantaran itu juga, Che Nom berkongsi mengenai fasa terbaru dalam kehidupannya, selepas bertahun-tahun melakukan rutin yang sama dan agak padat sebagai pempengaruh.

“Dulu hidup kami memang hectic- hari-hari fikir video apa nak buat, resepi apa nak test, bila nak shooting, editing. Semua laju je. Tapi bila start fokus jaga badan, baru kami sedar… Lama betul dah kami tak jaga diri sendiri betul-betul.”

View this post on Instagram

A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)

Membuat keputusan untuk berundur daripada dunia media sosial, Che Nom menjelaskan ia bukanlah selama-lamanya tetapi sementara sahaja. Kini Che Nom mahu memberikan perhatian kepada diri dan keluarga.

“Sekarang ni, kami perlahan sikit. Bukan berhenti terus… Cuma bagi ruang untuk tarik nafas, untuk enjoy masa dengan family, dan untuk appreciate benda-benda kecil yang selama ni terlepas pandang.”

View this post on Instagram

A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)

Pada masa yang sama, Che Nom juga menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kariernya.

“Tak semua kejayaan datang dari views tinggi atau viral. Ada hari tu, “menang” bila boleh bangun pagi rasa ringan hati tenang, tak serabut. Terima kasih sebab masih support walaupun kami dah tak sepantas dulu. Support dari korang tu buat kami lebih yakin untuk utamakan apa yang paling penting dalam hidup.”

Sekadar info, bulan lepas Che Nom telah dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh anak saudara yang telah dijaga dan diambil kerja bersama dengannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
che nom
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara