Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore IbuBapa

Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

by Nurul A.
December 17, 2025
Foto - Berita Harian

Foto - Berita Harian

261
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah anda semua tahu bahawa keluarga yang memiliki pendapatan rendah (atau lebih dikenali sebagai B40), layak untuk menerima bantuan kewangan sehingga RM1000 sebulan bagi menyokong keperluan anak-anak?

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga B40 yang memerlukan. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap anak mendapat penjagaan dan perhatian yang sempurna tanpa membebankan keluarga.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) B40:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Keluarga atau penjaga yang mempunyai anak berumur di bawah 18 tahun.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ditetapkan.

Kanak-kanak berumur 16 tahun sehingga 18 tahun yang bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak untuk menerima bantuan ini. Manakala anak-anak yang tiada penjaga yang sah, mempunyai OKU mental atau ibu bapa muflis layak dipertimbangkan.

KADAR BANTUAN KANAK-KANAK 2026

Kadar bantuan berbeza mengikut tahap umur seperti:

  1. 6 tahun ke bawah: RM250/seorang
  2. 7 tahun hingga 18 tahun: RM200/seorang
  3. Maksimum sekeluarga: RM1000

CARA UNTUK MOHON BKK 2026

Proses permohonan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti:

1. Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): 

  • Kunjungi pejabat JKM berdekatan tempat tinggal anda.
  • Maklumkan bahawa anda ingin mohon BKK
  • Isi borang dengan lengkap beserta salinan dokumen sokongan

Kaedah ini sangat disyorkan untuk pemohon yang kerja sendiri, tidak mempunyai pendapatan tetap, penjaga bukan ibu bapa kandung, baru berpindah rumah, mempunyai isu dokumen berkaitan alamat.

2. Secara Dalam Talian 

  • Layari portal eBantuan JKM [TEKAN SINI]
  • Isi borang dengan lengkap beserta salinan dokumen sokongan yang diperlukan

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Bagi mengelakkan permohonan ditolak, pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi memastikan proses permohonan lancar seperti:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga
  2. Surat atau penyata pendapatan daripada majikan
  3. Akaun pendapatan dari penghulu atau pemimpin masyarakat (jika bekerja sendiri)
  4. Salinan bil utiliti seperti bil elektrik, air atau telefon
  5. Salinan penyata akaun bank terkini atau slip pengesahan akaun bank terkini
  6. Dokumen berkaitan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah seperti akaun bersama ibu, bapa atau penjaga.
  7. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kanak-Kanak B40, anda boleh layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi di 03-8000-8000 atau e-mel di pro_jkm@jkm.gov.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuan kanak-kanak 2026bantuan kanak-kanak b40
Share104Tweet65SendShare

KINI TRENDING

Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara