Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Mula Dikreditkan- Jom Semak Status!

by Nurul A.
November 28, 2025
Foto - @risdamalaysia_hq (IG)

Foto - @risdamalaysia_hq (IG)

46
KONGSIAN
Share on Facebook

Musim tengkujuh merupakan salah satu fasa cuaca yang membimbangkan setiap tahun. Bermula dari bulan November sehingga bulan Mac, musim tengkujuh ini turut membawa bersama angin Monsun Timur Laut yang penuh dengan taburan hujan lebat, angin kencang dan perubahan cuaca yang sukar dijangka.

Bagi mereka yang terjejas, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penoreh getah atau pekebun kecil yang terjejas pendapatan akibat musim tengkujuh.

SYARAT KELAYAKAN BMT

Dikendalikan oleh RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), BMT ini diberikan dengan kadar sebanyak RM800 kepada penoreh getah atau pekebun kecil yang layak.

1. Penoreh getah:

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA
  • Individu yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah atau wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

2. Pekebun kecil:

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada- wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

PERMOHONAN BMT

Proses permohonan BMT boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi RISDA atau secara fizikal di pejabat RISDA berdekatan.

  • Permohonan Dalam Talian:

  1. Kunjungi Portal Rasmi RISDA [https://pekebunkecil.risda.gov.my]
  2. Log masuk menggunakan kad pengenalan atau maklumat akaun
  3. Pilih “Bantuan Musim Tengkujuh 2025” di menu utama
  4. Lengkapkan borang permohonan
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kategori
  6. Pastikan maklumat akaun bank aktif
  7. Semak dan hantar permohonan

Kamu boleh catat dan simpan nombor rujukan untuk rekod peribadi.

DOKUMEN WAJIB BMT 

Bagi memastikan permohonan berjaya dan tidak tertangguh, kamu perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan mengikut kategori seperti:

1. Untuk Pekebun Kecil

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  • Dokumen asal dan salinan geran tanah atau dokumen hak milik yang sah
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G (jika perlu)

2. Untuk Penoreh Getah 

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (MyKad)
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran atau dokumen hak milik lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank aktif pemohon
  • Salinan Kad PAT-G (wajib)
  • Surat pengesahan rasmi daripada pemilik tanah atau wakil sah yang diakui

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Untuk pemohon yang telah membuat permohonan atau kemaskini, semakan status kelulusan BMT boleh dibuat seperti:

  • Langkah 1: Layari pautan Pekebun Kecil RISDA
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan

Untuk makluman semua, pembayaran BMT dibuat secara berperingkat dengan kadar RM200 bagi setiap bulan bermula November 2025 sehingga Februari 2026.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuan musim tengkuh 2025bantuan musim tengkujuhbmtbmt 2025
Share18Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara