Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Baru bergelar Mualaf, Angeline Tan Mohon Diberikan Masa Dan Ruang Dekatkan Diri Dengan Islam Secara Perlahan-Lahan

by Puteri Alia
October 18, 2023
Share on Facebook

Keputusan pelakon, Ardini Angeline Tan memeluk Islam pada 26 September lalu sebelum bernikah dengan pengarah dan pelakon popular, Sabri Yunus, bukan mudah, lebih-lebih lagi untuk menerangkan perkara itu kepada anak-anaknya.

Angeline berkata, walaupun anak-anaknya itu mengetahui hubungan mereka sejak tiga tahun lalu, namun apabila dia memberitahu bakal memeluk Islam, mereka terus membangkitkan pelbagai persoalan.

“Ketika saya dan abang Sabri mula berkawan rapat mereka memberikan sepenuh sokongan dan restu, tapi apabila saya memberitahu bakal memeluk Islam mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan.

“Antaranya kenapa sekarang dan tiba-tiba saja saya nak memeluk Islam. Jadi, saya terpaksa beritahu ini adalah salah satu syarat yang perlu saya buat sebelum berkahwin.

“Mereka reda dan berserah dengan keputusan saya itu. Sebenarnya mereka sangat takut bagaimana kehidupan saya sekiranya abang Sabri tidak menjaga saya dengan baik.

“Adakah saya mampu meneruskan kehidupan seorang diri sebagai seorang Muslim kerana mereka tahu yang ibunya tidak boleh kembali kepada agama asal selepas ini. Bagaimanapun ketika majlis pernikahan kami, anak-anak ada menghantar mesej kepada abang Sabri supaya menjaga saya dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai penampilannya yang kini sudah bertudung, Angeline bagaimanapun memohon diberikan masa dan ruang untuk mendekatkan diri dengan agama Islam secara perlahan-lahan.

“Kalau nak tahu, gambar saya bertudung di media sosial adalah tarikh saya memeluk agama Islam. Namun saya sudah terangkan kepada suami yang saya perlukan masa untuk sesuaikan diri, sama seperti dia menunggu saya selama tiga tahun untuk memeluk Islam dan bersedia berkahwin dengannya.

“Jadi, saya mohon masa dan ruang untuk berhijrah sepenuhnya kerana saya masih ada tawaran drama yang memerlukan saya tidak bertudung kerana memegang watak sebagai pelakon berbangsa Cina,” katanya.

Dalam masa sama, Sabri juga enggan memberi sebarang tekanan kepada isterinya yang baru bergelar mualaf untuk terus bertudung.

“Sebagai suami sudah tentu saya ingin dia mengikut segala ajaran Islam, tapi saya perlu beri dia masa untuk menerima perubahan ini. Lagipun bertudung ini adalah perkara yang baik.

“Saya harap orang ramai memahami keadaan Angeline yang masih baru bergelar mualaf dan sedang belajar banyak perkara. Jadi untuk peringkat pertama ini saya ingin dia belajar mengenai konsep ketuhanan dalam Islam serta ibadah.

“Bagi saya, semua bangsa percaya dengan agama yang mereka menganut dan tahu Tuhan itu tidak berbentuk atau berwajah. Malah, mereka juga percaya yang Tuhan itu satu, tapi saya ingin Angeline tahu kenapa dia perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam dan taat kepada Allah SWT,” katanya.

Sabtu lalu Sabri dan Angeline melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di Perlis.

Angeline Tan Bercakap Tentanng Solat Sejak Peluk Islam

Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan dikurniakan tiga anak. Bagaimanapun, Norraya meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007.

Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu

angeline tansabri yunus
https://lomp.at/vacju
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG) / @bakers.33 (IG)
Lokal

Rantai Di IG Ameera Khan Jadi ‘Clue’, Didakwa Rapat Dengan Kerabat Diraja Pahang?

by Nurul A.
January 8, 2026

Nama pempengaruh fesyen-kecantikan, Ameera Khan sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini bukan kerana hubungannya dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore