Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Malapetaka di Istana: Kisah Tragis Putera Diraja Bunuh Keluarga Sendiri, Ini 7 Fakta Mengejutkan

by Phic ARMAN
December 11, 2025
89
KONGSIAN
Share on Facebook

Social Buzz kali ini ingin mengimbau kembali kisah kerabat diraja yang begitu tragis. Kisah ini hangat diperkatakan di laman TikTok @last.edits. Ada kisah yang kita rasa hanya wujud dalam drama atau filem, kisah cinta terlarang, konflik keluarga, dan akhirnya tragedi berdarah. Tapi semua itu benar-benar berlaku di Nepal pada tahun 2001, apabila hampir seluruh keluarga diraja musnah dalam satu malam yang gelap.

Berikut kisahnya… dibahagikan kepada 7 fakta yang paling mengejutkan.

1. Satu Malam Yang Membunuh Hampir Seluruh Keturunan Diraja

Bayangkan suasana tenang dalam sebuah majlis makan malam keluarga yang sepatutnya penuh gelak tawa.
Tiba-tiba… terdengar tembakan. Bertubi-tubi.

Pada malam 1 Jun 2001, Putera Mahkota Dipendra dalam keadaan mabuk dan khayal menembak mati ayahandanya Raja Birendra, bondanya Permaisuri Aishwarya, adik-beradik dan ahli keluarga lain.

Lebih ironi, ketika terbaring koma, Baginda secara automatik diisytihar sebagai Raja Nepal.

2. Tragedi Bermula Dengan Cinta Yang Tidak Direstui

Di sebalik imej seorang putera yang disayangi rakyat, Dipendra menyimpan satu rahsia paling besar. Dia mahu berkahwin dengan wanita pilihannya, Devyani Rana, yang dikenalinya sewaktu belajar di England. Namun keluarga diraja menolak keras hubungan itu begitu juga keluarga Devyani, yang merasakan kehidupan diraja Nepal tidak semewah yang disangka.
Hubungan mereka menjadi semakin tegang… dan akhirnya, pecah dalam bentuk paling tragik.

View this post on Instagram

3. Putera Popular Dengan ‘Dua Watak’

Rakyat Nepal menyayanginya. Mereka memanggilnya ‘Dippy’, seorang putera yang nampak ramah dan mudah didekati.

Tapi orang istana yang membesar bersamanya berkata sebaliknya. Dipendra dikatakan mempunyai “dua sisi”, satu yang disayangi rakyat, satu lagi dipenuhi tekanan, kemarahan, dan rasa terasing sejak kecil. Campuran peribadi yang rumit inilah yang ramai percaya menyumbang kepada malam gelap itu.

View this post on Instagram

4. Malam Kejadian: Mabuk, Khayal & Kembali Dengan Tiga Senjata

Menurut laporan rasmi, Dipendra hadir ke majlis makan malam dalam keadaan mabuk whiskey dan menghisap rokok hashish. Selepas bertekak dengan tetamu, dia dibawa ke biliknya.

Semua orang menyangka dia tidur. Sebaliknya, beberapa minit kemudian, dia kembali muncul, kali ini memakai pakaian tentera, dan di tangannya, tiga senjata api, termasuk rifle M16.

Apa yang berlaku selepas itu seperti adegan aksi yang meruntun jiwa.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku semasa majlis makan malam di Istana Narayanhiti, Kathmandu. VIA Wikimedia Commons: Suraj Belbase

5. Majlis Keluarga Tanpa Pengawal… Jadi Perangkap

Kerana ia majlis peribadi dalam bilik biliard, tiada pengawal bertugas. Tiada siapa bersedia. Tiada siapa sempat lari. Salah satu momen paling menyayat hati ialah apabila adiknya, Nirajan, berdiri di depan ibu mereka sambil merayu:

“Jangan buat… kalau mahu bunuh, bunuh saya.”

Tapi Dipendra tetap melepaskan tembakan.

Raja Birendra dan Permaisuri Aishwarya tidak mempunyai perlindungan pengawal diraja seperti biasa kerana serangan itu berlaku semasa majlis makan malam peribadi. VIA  Wikimedia Commons

6. Siasatan Seminggu, Penuh Tanda Tanya

Tidak lama selepas tembakan berhenti, istana serta-merta menutup komunikasi. Media terkapai-kapai mencari maklumat. Rakyat pula terkejut, sukar menerima bahawa putera kesayangan mereka sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri. Siasatan hanya berlangsung 7 hari, lalu muncullah pelbagai teori:

  • konspirasi politik,
  • pakcik Dipendra yang jadi suspek,
  • dakwaan penglibatan negara luar,
  • dan ada yang kata ini semua “takdir” yang ditulis sejak berabad-abad.

Namun sehingga hari ini, kebenaran sebenar masih kabur.

Gyanendra, yang tidak berada di istana pada malam berlakunya pembunuhan itu, memerintah selama tujuh tahun sebelum sistem monarki dimansuhkan.

7. Tragedi Yang Menamatkan Monarki 239 Tahun

Kematian Raja Birendra memecahkan kepercayaan rakyat terhadap institusi diraja. Apabila Gyanendra, pakcik Dipendra  mengambil alih takhta, kemarahan rakyat semakin membara.

Tujuh tahun kemudian, monarki Nepal dibubarkan sepenuhnya. Sebuah dinasti yang memerintah sejak abad ke-18 jatuh dalam senyap… semuanya bermula daripada satu malam penuh darah. Ada legenda lama yang mengatakan dinasti Shah akan tumbang selepas 10 generasi. Kebetulan atau takdir… Raja Birendra adalah raja ke-11.

Kisah ini bukan sekadar tragedi, ia seperti naskhah epik yang masih menghantui Nepal hingga hari ini. Sebuah kisah cinta, kuasa, dan nasib… yang akhirnya meruntuhkan sebuah kerajaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Raja Birendra
Share36Tweet22SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara