Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

[GAMBAR] Setelah 15 Tahun, Britney Spears Dilihat Memandu Buat Pertama Kali

Britney dikatakan gembira  kerana pihak konservatori membenarkannya memandu

by Naddy Joe
July 22, 2021
Share on Facebook

Britney Spears dilihat memegang telefonnya ketika pemanduan solo buat pertama kali sepanjang 15 tahun. Beliau dilihat memandu Mercedes-AMG SL 63 bernilai $155k (RM655,340,00) pada hari Selasa berhampiran rumahnya di Thousand Oaks.

Walaubagaimanapun, fokus penyanyi itu dikatakan terganggu kerana memegang telefonnya sambil memandu. Sekiranya disabitkan kesalahan kerana menggunakan telefon ketika memandu di California, Britney akan dikenakan denda $150 (RM634.20) dan kemungkinan tambahan poin pada lesennya.

Kredit: X17Online.com

Pertama Kali Memandu Setelah 15 Tahun

Kredit: X17Online.com

Ini merupakan pertama kali Britney dilihat memandu keseorangan setelah 15 tahun. Di bawah konservatorinya, penyanyi Toxic itu tidak boleh memandu keseorangan, walaupun sekatan itu telah dilucutkan setelah beliau muncul dalam mahkamah secara maya  beberapa minggu lalu.

Kredit: X17Online.com

Dipetik dari PEOPLE, Britney dikatakan gembira  kerana pihak konservatori membenarkannya memandu.

“Britney sangat gembira pihak konservatori kini membenarkannya memandu. Dia sangat gembira dan sangat berterima kasih atas semua bantuan yang dia terima sekarang.” PEOPLE INSIDER

Kontroversi Memandu Sambil Memangku Anaknya

kredit: X17 Agency

Britney sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana dia ditangkap memandu bersama anaknya Sean Preston, yang berusia empat bulan di pangkuannya pada tahun 2006.

Tidak lama selepas foto itu menjadi tular, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia memandu bersama anak di pangkuannya kerana berhadapan “pertemuan yang menakutkan dengan paparazzi”.

“Saya rasa takut kali ini paparazzi yang agresif secara fizikal akan membahayakan saya dan bayi saya. Saya mengambil langkah untuk mengeluarkan saya dan bayi saya dari bahaya, tetapi paparazzi terus mengekori kami. Saya sayangkan anak saya dan akan melakukan apa sahaja untuk melindunginya.”-Britney Spears

Pada minggu lalu, penyanyi itu memperoleh kemenangan besar dalam ‘pertempuran’ konservatori terhadap bapanya, Jamie.

Pihak hakim turut membenarkan pengambilan peguam pilihan Britney, Mathew S. Rosengart, yang pernah berkhidmat untuk beberapa selebriti Hollywood seperti Sean Penn dan Steven Spielberg, untuk mewakilinya. Berikutan keputusan itu, Britney memberitahu pengadilan di Los Angeles bahawa dia mahu Jamie didakwa atas kesalahan conservatorship abuse.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
britney spears
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Spotlight

Isu ‘Madu atau Racun’ Cetus Perdebatan, Eric Fuzi Pula Sentuh Budaya Media Sosial

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Isu drama Madu atau Racun semakin menjadi perhatian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara