Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026
VIA X @PerlisPermai

VIA X @PerlisPermai

141
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana alam dan ketenangan. Berkonsepkan ladang ragut kambing dengan latar belakang Bukit Chabang, tempat ini menawarkan pemandangan hijau yang luas, udara segar, serta suasana kampung yang mendamaikan.

  • Waktu operasi: 1.00 petang – 6.00 petang
  • Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
  • Tiket masuk: RM2.00 seorang
  • Parkir: Percuma

‘Switzerland’ Mini Versi Perlis

@hello.kakwani

📍Bukit Chabang Mari , Perlis #bukitchabangperlis #perlis #tempatviral #tempatmenarikperlis #cutimalaysia

♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

Menurut perkongsian video di akaun TikTok @hello.kakwani, Bukit Chabang Mari sering digelar sebagai ‘Switzerland mini’ kerana landskapnya yang menyerupai pemandangan indah di Lauterbrunnen, Switzerland. Hamparan padang rumput yang luas, bukit batu kapur yang menjulang tinggi serta kambing-kambing yang bebas meragut mencipta suasana yang tenang dan teratur. Bezanya, keindahan Bukit Chabang Mari hadir dalam versi tropika yang lebih lembap dan menghijau sepanjang tahun, menjadikannya unik dengan identiti alam semula jadi Malaysia.

Bagi yang ingin merasai suasana ala Eropah tanpa perlu ke luar negara, lokasi ini memang sesuai dijadikan alternatif yang lebih jimat dan mudah dikunjungi.

Mini Zoo & Ladang Ragut Kambing

VIA Facebook

Selain kambing, Bukit Chabang Mari turut mempunyai mini zoo yang menempatkan haiwan seperti arnab, itik dan ayam belanda. Kawasannya dijaga dengan baik, bersih serta tidak berbau, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada pengunjung, terutamanya kanak-kanak. Ia sangat sesuai dijadikan aktiviti santai bersama keluarga sambil memperkenalkan anak-anak kepada haiwan ternakan dalam suasana semula jadi yang tenang.

Spot Bergambar & Layan Pemandangan

VIA Facebook

Bukit Chabang Mari sangat sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar. Latar belakang bukit berkembar, padang rumput hijau dan haiwan ternakan memberikan hasil foto yang menarik tanpa perlu banyak suntingan. Waktu petang menjadi pilihan ramai kerana pencahayaan yang lebih lembut dan suasana yang lebih sejuk.

Kalau kalian suka suasana tenang, jauh dari kesibukan bandar, tempat ini memang sesuai untuk “healing” ringkas tanpa perlu keluar bajet besar.

Akses & Cara Ke Sana

Untuk ke Bukit Chabang Mari, sangat disarankan menggunakan kenderaan sendiri kerana lokasinya agak jauh ke dalam kawasan kampung.

Hanya perlu Waze atau Google Maps dengan carian “Bukit Chabang Mari” atau “Bukit Chabang”, dan perjalanan akan membawa anda terus ke lokasi.

Kenapa Perlu Masukkan Dalam Bucket List Perlis?

  • Tiket masuk sangat murah (RM2 sahaja)
  • Pemandangan cantik dan suasana kampung yang tenang
  • Ada mini zoo dan ladang kambing
  • Sesuai untuk keluarga, pasangan dan solo trip
  • Spot gambar yang menarik tanpa perlu jauh ke luar negara

Bukit Chabang Mari membuktikan bahawa Perlis mempunyai banyak destinasi yang masih “underrated” tetapi sangat berbaloi untuk diterokai. Dengan konsep alam semula jadi, suasana desa dan pemandangan yang cantik, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin berehat seketika daripada kesibukan harian tanpa perlu berbelanja besar.

Kalau kalian merancang percutian singkat ke Perlis, pastikan Bukit Chabang Mari ada dalam senarai destinasi kalian.

“Gelap Gelita, Bintang Jelas Terang"- Padang Terap Perlis Rupanya Syurga Stargazing Asia
Bukit Chabang Mariperlis
https://lomp.at/ucdmd
Share56Tweet35SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Lain Dari Yang Lain! Rupanya Ini Maksud Kuda Liar Pada Speaker Edisi Terhad Marshall

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Masuk sahaja Tahun Kuda, ramai cari benda baru untuk segarkan hidup masing-masing dengan cara tersendiri. Kali ini, Marshall tak sekadar...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

by Farah Fatihah
February 27, 2026

Bagi mereka yang mencari aktiviti hujung minggu penuh cabaran, memandu go-kart sering menjadi pilihan untuk melepaskan tekanan sambil menguji keberanian...

Read moreDetails
LifeXplore

Perjalanan KL-London Dengan AirAsia X Dijangka 16 Jam?

by Phic ARMAN
February 10, 2026

Berita menarik untuk peminat AirAsia X! Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh Malaysia ini dijangka secara rasmi mengumumkan kembalinya penerbangan...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
Automotif

Kia ‘Reset Game’ 2026: Harga Sportage Bermula RM128,800, Alat Ganti Lebih Murah!

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026

Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) membuka tirai 2026 dengan langkah yang boleh dianggap bold move apabila mengumumkan penurunan harga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore