Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Cantik Tapi Seram, 4 Heroin Jelita Pernah Pegang Watak Pontianak Yang Menggerunkan!

by Puteri Alia
April 6, 2023
Share on Facebook

Filem bergenre seram kalau tiada kelibat hantu memang tidak sah! Semestinya solekan hodoh dan mekap tebal yang mengerikan akan disolek kepada pelakon untuk menambah ketakutan kepada penonton.

Bahkan sosok hantu dalam filem seram selalunya dilakonkan oleh heroin-heroin jelita namun tetap sering menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan.

Malah, hantu pontianak sering menjadi watak utama yang difokuskan berbanding makhluk halus yang lain.

Mengetehaui bahawa bukan mudah untuk melakonkan watak berkenaan, malah tidak semua pelakon mahu menerima tawaran berlakon dalam filem bergenre seram.

Bagaimanapun, kali ini Murai MY mendapati ramai sebenarnya heroin yang jelita tetapi diberikan watak hantu tak kisahlah sama ada di zaman muda atau tua.

Ini empat heroin yang pernah membawa watak sebagai hantu dalam filem.

Juliana Banos menerusi filem Gila Gila Pengantin Remaja

Selain menyanyi, Juliana Banos juga turut dikenali sebagai seorang daripada heroin filem tempatan.

Menerusi kerjayanya, Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Azman Banos telah berlakon empat kali dalam filem.

Menariknya, watak pertamanya dalam filem adalah sebagai hantu menerusi filem Pontianak Menjerit yang ditayangkan pada 2005.

Maya Karin, Hantu Paling Cantik Dan Seram!

Sebut sahaja nama Maya Karin, pasti terlintas di kepala dengan wataknya sebagai pontianak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Menariknya, walaupun membawakan watak hantu, Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke berjaya menerima anugerah menerusi wataknya itu.

Dia berjaya meraih anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik menerusi Pesta Filem Asia Pasifik ke-49 pada 2004.

Malah, Maya juga terkenal sebagai ratu Filem Seram, apabila berjaya membawakan watak menggerunkan dalam filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.

Uqasha Senrose Cabar Diri Lakon Watak Hantu

Memulakan langkah dalam bidang seni menerusi filem seram Paku Pontianak pada tahun 2013, Uqasha juga berjaya membawa lakonan seram dalam telefilem berjudul Malam Tahlil Suhaila Balik.

“Filem pertama yang memperkenalkan saya adalah filem seram, Paku Pontianak…” – memetik kenyataan Uqasha menerusi sebuah laman portal hiburan

Fazura Nampak Kelibat Pontianak Ketika Pengembaran 

Pelakon Fazura mengalami pengalaman mengejutkan apabila berdepan kelibat ‘pontianak’ ketika berada di set penggambaran filem ‘Dendam Pontianak’ terbitan produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures.

Pemilik nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin menerusi sebuah laporan laman portal hiburan terdahulu ada  memberitahu bahawa dia pernah alami detik-detik menggerunkan ketika melakonkan watak ‘pontianak’ kira-kira pukul 3 pagi.

“Pontianak tu berambut panjang menutupi wajahnya namun pakaiannya sama seperti yang saya pakai sewaktu itu iaitu berkebaya putih,” ujar Fazura yang lebih mesra disapa Faz

Selain Fazura yang mengalami pengalaman menyeramkan, setiap pelakon lain turut mempunyai cerita mereka tersendiri ketika di set penggambaran.

Heronya, Remy Ishak mengakui agak rasa gementar bukan kerana dihantui pontianak tetapi ketika berlakon di samping Fazura yang ketika itu baharu sahaja berkahwin dengan pelakon Fatah Amin.

Jelas lah bukan mudah untuk memegang watak seram sebegini, malah terdapat pelbagai cabaran serta dugaan yang dihadapi oleh pelakon-pelakon berkenaan.

Apa-apa pun sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan pelakon yang memegang watak seram pontianak ini mempunyai rupa paras yang sangat cantik!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara