Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Pavilion Damansara Heights meraikan keindahan warisan masyarakat India menerusi instalasi bunga dan kolam yang memukau, sekali gus menyemarakkan suasana perayaan dengan transformasi pintu masuk utamanya menjadi sebuah taman botani yang meriah dari 23 Oktober hingga 15 November 2026.
“Deepavali In Bloom” Warnai Pavilion Damansara Heights
Sebagai sebahagian daripada kempen “Deepavali in Bloom”, instalasi tersebut menggabungkan seni berinspirasikan rangoli yang berwarna-warni, susunan bunga berjuntai, motif burung merak dan sentuhan keemasan, sekali gus menyuntik nafas kontemporari ke dalam elemen tradisional perayaan.
Selain instalasi utama ini, para pengunjung turut berpeluang mengunjungi pelbagai gerai jualan istimewa Deepavali, mendapatkan khidmat lukisan inai secara percuma serta meneroka pelbagai pilihan juadah istimewa dan hadiah buatan tangan.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali in Bloom, Pavilion Damansara Heights turut menganjurkan pelbagai persembahan kebudayaan, bengkel interaktif dan aktiviti mesra keluarga di seluruh pusat beli-belah. Antara aktiviti yang menanti para pengunjung adalah:
- 16 Oktober hingga 9 November – Deepavali Pop-Up Market (High Five Street, Aras 5)
- 23 Oktober hingga 15 November 2026 – Instalasi Utama Hiasan Bunga dan Kolam
- 26 Oktober hingga 15 November 2026 – Gerai Jualan Deepavali (Aras 2, bersebelahan NARS)
- 29 hingga 30 Oktober dan 1 November – Aktiviti Lukisan Wajah Percuma (Aras 2, bersebelahan NARS; 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang)
- 31 Oktober hingga 1 November dan 7 November hingga 8 November – Aktiviti Lukisan Inai Percuma (Aras 2, bersebelahan NARS; 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang)
- 6 November – Persembahan Khas Hiasan Kolam oleh INTI International College Subang (Aras 2, bersebelahan NARS; 1.00 hingga 4.00 petang)
- 6 hingga 8 November 2026 (10.30 pagi hingga 9.00 malam) – Astro Home of Kids: Persembahan Maskot Secara Langsung, Sesi Bertemu dan Beramah Mesra dengan Watak Kegemaran, Perarakan Cosplay serta Stesen Simulasi Watak yang Interaktif (Ruang legar utama, Aras 2)
Sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung, Pavilion Damansara Heights turut menawarkan ganjaran istimewa sepanjang tempoh sambutan. Pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit layak menebus baucar bernilai RM20 di Kaunter Concierge, Aras 2. Manakala, berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam satu resit boleh menebus JOY.RIA Hair & Body Fragrance Mist bersaiz 75 ml, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara aktiviti harian, senarai persembahan dan terma penebusan, sila kunjungi Kaunter Concierge di Aras 2.











