Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Nak Sambung Belajar Tapi Risau Duit? Ini Berita Baik Buat Anak Perak

by Phic ARMAN
June 26, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat pelajar di Perak! Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Uni Enrol kini membuka Program Biasiswa Potensi Anak Perak 2026, yang menawarkan biasiswa bernilai keseluruhan RM2 juta bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Program yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Dato’ Khairudin Abu Hanipah, ini bertujuan memastikan pelajar berpotensi tidak tercicir daripada menyambung pengajian hanya kerana kekangan kewangan.

Melalui kerjasama ini, Uni Enrol dilantik sebagai rakan strategik rasmi untuk membantu pelajar sepanjang proses permohonan, pemilihan kursus sehingga penempatan ke universiti. Sebanyak 120 biasiswa ditawarkan, termasuk 20 biasiswa penuh manakala sehingga 100 lagi biasiswa sebanyak 50 peratus turut disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Dato’ Khairudin Abu Hanipah

Lebih menarik, penerima biasiswa berpeluang melanjutkan pengajian di 11 universiti rakan Uni Enrol, termasuk HELP University, IMU University, SEGi University & Colleges, Multimedia University (MMU), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Asia Pacific University (APU) dan beberapa institusi pengajian tinggi swasta terkemuka lain.

Walaupun memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga B40, program ini turut terbuka kepada semua pelajar yang layak, termasuk mereka yang cemerlang dalam akademik, sukan atau mempunyai kisah kehidupan yang memerlukan sokongan.

Sehingga kini, lebih 800 permohonan telah diterima, dengan 30 finalis terbaik diumumkan sebelum proses temu duga dijalankan bagi menentukan penerima biasiswa.

Topik Berkaitan Biasiswa RM1.3 Juta Untuk Anak Negeri Sembilan, Lepasan SPM & STPM Ada ‘Plan B’

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Menduduki peperiksaan SPM di sekolah di Perak
  • Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Memenuhi syarat merit dan kelayakan yang ditetapkan

Program ini dijangka berlangsung selama tiga tahun sebagai usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak dan Uni Enrol untuk melahirkan lebih ramai graduan berkualiti, sekali gus membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada anak-anak Perak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Uni Enrol Official, Facebook, Instagram and YouTube.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Uni EnrolYB Dato' Khairudin Abu Hanipah
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara