Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Cuaca Di Malaysia Semakin Tak Menentu, Bila Hujan Ada Yang Terkena Penyakit Kulit Ini…

by Soph Azz
April 26, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Perasan tak dua tiga hari ini, cuaca di Malaysia menjadi semakin tak menentu? Sekejap panas, sekejap hujan, buatkan badan menjadi tak berapa sihat dan asyik nak sakit.

Lebih-lebih lagi bila terjadinya hujan tanpa sebarang ‘amaran’ selepas panas membahang. Mungkin bagi sesetengahnya ia membawa kelegaan kerana hilang bahang panas tersebut, tetapi bagi sesetengahnya keadaan cuaca ini boleh bawa ‘malapetaka’ baginya.

Kalau kamu nak tahu, cuaca hujan yang lembap boleh mengakibatkan beberapa keadaan dan perubahan pada diri kita. Salah satunya terjadi masalah kulit yang teruk.

Dalam entri kali ini, Miss Muraikan beberapa keadaan masalah kulit yang terjadi apabila tibanya musim hujan. Semak di bawah;

#1 Ruam 

Bukan hanya boleh jadi pada waktu panas ye, ruam juga boleh terjadi ketika musim hujan. Untuk pengetahuan kamu, bila musim hujan kelembapannya akan menjadi tinggi dan menyebabkan peluh tersumbat.

Foto – Pinterest

Bila peluh tersumbat dalam liang pori badan, kulit akan mula merengsa dan menjadi bentuk ruam yang berbintik merah. Malah ruam tersebut akan menyebabkan kegatalan yang melampau.

#2 Kudis 

Kudis atau scabies adalah satu keadaan di mana masalah kulit terjadi disebabkan oleh parasit. Ianya tidak berbahaya dan boleh disembuhkan dengan ubat khusus. Cara penyebarannya boleh berlaku secara langsung menerusi sentuhan fizikal.

#3 Kutu air 

Bila terendam kaki lama-lama dalam air, cuba perhatikan bahagian kaki terutamanya jari akan menjadi gatal dan merah. Situasi ini berlaku disebabkan oleh kutu air.

Foto – Pinterest

Kutu air ini akan ‘muncul’ apabila kaki mengalami kelembapan yang terlalu tinggi, berpeluh, pakai kasut yang basah atau kasut yang tertutup tanpa pengudaraan yang baik. Malah mandi terlalu lama dalam kolam renang pun boleh alami jangkitan kutu air.

#4 Eczema 

Selain daripada faktor genetik dan alahan, eczema juga boleh berlaku disebabkan oleh musim hujan. Dalam sesetengah situasi, eczema ketika hujan boleh menjadikan kulit kering, gatal dan bersisik. Jika teruk, kulit seseorang itu boleh menjadi bengkak dan sakit yang melampau.

#5 Jangkitan kulat 

Walaupun boleh jadi dalam mana-mana masa dan musim, tetapi semasa musim hujan jangkitan kulat ini sangat mudah terjadi. Ini kerana tahap kelembapan yang tinggi di badan seperti kaki, paha, rambut dan bahagian ketiak menjadi main point untuk pertumbuhan kulat .

Foto – Pinterest

Sebab itulah bila sahaja terkena air hujan atau percikan air kotor dari lopak semasa musim hujan, mak-mak akan suruh mandi bersihkan diri dengan segera. Ini kerana risiko penyakit kulit di atas untuk terjadi sangatlah tinggi.

Kamu boleh rawat masalah ini dengan dapatkan ubat dari farmasi. Tapi kalau tak lega dan makin teruk, berjumpa dengan doktor atau pakar kulit segera okay?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
masalah kulit ketika hujanpenyakit ketika hujanpenyakit kulit ketika hujan
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara