Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Dadah ‘Ini’ Yang Meragut Nyawa Bintang Friends Matthew Perry

by Rory Kim
December 17, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Menurut bedah siasat, bintang Friends Matthew Perry maut akibat penggunaan jenis dadah ketamin yang kuat, sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan lemas dalam tab mandian panas.

Perry, 54, yang secara terbuka mengakui penyalahgunaan dadah dan alkohol selama berdekad-dekad ditemui oleh pembantunya dalam keadaan terapung di jakuzi rumahnya di Los Angeles.

Ujian toksikologi menemui ketamin, ubat bius dengan sifat halusinogen dalam badan Perry pada tahap yang tinggi. Dipetik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, ketamin adalah ubat pelali yang dihadkan penggunaan kerana mempunyai kesan halusinasi yang teruk dalam bidang perubatan. Penggunaan jenis dadah ini secara berterusan akan merosakkan badan.

Kepekatan ketamin dalam badan Perry merangsang kadar denyutan jantung secara berlebihan sambil menekan pernafasannya, berkemungkinan menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum lemas di dalam tab mandian panas.

Dipetik daripada MalayMail, ketamin boleh disuntik, dicampur dengan cecair, dihidu sebagai serbuk, atau dihisap.

Penemuan bedah siasat menjelaskan Perry mungkin telah mengubat sendiri dengan ketamin secara perubatan. Laporan menyebut bintang Friend itu telah menjalani terapi ketamin untuk kemurungan dan kebimbangan.

Jenis dadahketaminmatthew perry
https://lomp.at/cvl3o
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore