Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Deanna Yusoff Kongsi Perubahan Dirinya Setelah Menopause, Peminat Puji Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

by Phic ARMAN
February 7, 2023
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Macam tak percaya bila melihat gambar ‘update’ terkini Deanna Yusoff, pelakon wanita Malaysia yang popular pada zaman 90an. Kalau anda tak tahu, pada tahun ini Deanna telah memasuki usia 56 tahun namun raut wajahnya tetap cantik seperti remaja.

Menerusi Instagram peribadi, Deanna berkongsi soal kesihatan dan penjagaan kulit kepada peminatnya. Dia menceritakan pengalaman bagaimana kulitnya berubah setelah melalui fasa menopause (putus haid) hingga tahun-tahun berikutnya.

Deanna akui, dia sangat bimbang dengan kulitnya menjadi lebih kering dan kehilangan keanjalan. Penyanyi, model dan emcee ini juga memberitahu dia tertekan sehingga menghidap psoriasis.

“Kulit saya berubah sepenuhnya semasa peri-menopause, menopaus dan tahun-tahun selepasnya. Kekeringan dan kehilangan keanjalan adalah dua kebimbangan utama saya, kulit kusam juga menjadi isu. Saya tidak selesa dengan kulit saya sendiri dan sangat sedar bagaimana ia terlihat. Ia membuatkan saya berasa tertekan dan pada satu ketika, saya juga menghidap psoriasis.

Hasil pencarian kami di google, psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.

VIA Instagram Deanna Yusoff

Walaubagaimanapun, Deanna mengambil inisiatif membuat penyelidikan sains disebalik fungsi kulit dalam kehidupan ini.

“Untuk membantu menyokong kulit saya dan menangani isu-isu ini, saya mula membuat penjagaan kulit profesional saya sendiri dengan bahan semula jadi dan membuat penyelidikan sains di sebalik fungsi kulit sepanjang  kehidupan kita. Ia amat memberangsangkan, memberi saya pengetahuan yang saya perlukan untuk menggunakan bahan-bahan selamat dan berkesan yang boleh dipercayai oleh badan saya. Sesuatu yang kita semua harus lakukan dalam rutin penjagaan kulit kita!”- tulisnya di Instagram.

Tambahnya lagi, perubahan hormon harus seiring dengan penjagaan kulit yang lebih rapi.

“Apabila hormon kita berubah dalam fasa kehidupan ini, begitu juga dengan keperluan kulit kita; mempelajari tentang perubahan tersebut telah membantu saya menjaga keperluan unik kulit saya dengan lebih baik. Saya sangat teruja kerana dapat berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama”- ujarnya.

Sekadar info, Deanna yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.

1998 bersama-sama keluarga Datuk Mansor di dalam drama bersiri Idaman. VIA Facebook Deanna Yusoff

Populariti beiau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book Of Records.

Deanna Yusoff
https://lomp.at/j7ez7
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore