Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Dia Asyik Pakai Putih”- Sufie Rashid Dedah Tanda Pemergian Sandra Dianne

by Khai Azfar
September 11, 2020
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita mengenai pemergian Allahyarhamah Sandra Dianne,26 awal pagi tadi ternyata mengejutkan ramai peminat dan rakan selebriti. Pergi dalam usia yang muda, Sandra sebelum ini dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada Sabtu minggu lalu ketika penyanyi kelahiran Sabah ini sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Dedah Tanda Terakhir

View this post on Instagram

A post shared by @sufierashid

Dalam pada itu, Sufie Rashid yang merupakan penyanyi terakhir bekerjasama dengan Allahyarhamah, mendedahkan beberapa tanda-tanda terakhir yang secara tak sedar telah ditunjukkan oleh pelantun Hey Kau sebelum ini.

Menurut Sufie ketika menerusi temubualnya bersama HotFM, di sesi latihan persembahan terakhir Sandra, wajahnya kelihatan cukup berseri malah turut menggayakan serba putih.

“Bila fikirkan balik, masa latihan dengan hari kejadian kita ada masa tiga hari dan dia asyik pakai putih. Baju sweater daripada bawah sampai ke atas serta dengan beg putih. Time itu tak ada pula terfikir apa, cuma saya macam pelik. Muka dia sangat glowing dan orangnya pula cheerful”- dedahnya.

Pesan Jaga Diri 

View this post on Instagram

A post shared by Sandra Dianne (@sandradianneofficial)

Tidak memikirkan sebarang perkara yang pelik, jelas Sufie lagi Sandra turut berpesan kepada beberapa rakannya untuk menjaga diri kerana tidak tahu bilakah akan bertemu lagi kelak.

“Dia macam pesan dekat orang ‘okay tak tahu bila nak jumpa kau lagi, tapi kau jaga diri’. Saya tak terfikirkan pun tapi bila jadi tak sangka itu adalah kali terakhir kami berjumpa” – kata Sufie.

Hari ini, industri seni kehilangan seorang bintang yang cukup berbakat besar dan lunak suaranya pasti akan dirindui oleh semua peminat dan kenalan. Salam takziah dari kami di Murai.my untuk keluarga Allahyarhamah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria. Al-Fatihah (dibaca).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sandra Diannesandra dianne meninggal duniaSandra Dianne Sufie RashidSufie Rashid
Share23Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Spotlight

Tengah ‘Hangat’ Bercinta Pun David Beckham Sempat Curangi Isteri, Ini Kisahnya…

by Nurul A.
July 31, 2026

Sejujurnya MURAI rasa kita jarang atau mungkin tak pernah dengar kisah curang di antara David dan Victoria Beckham. Walaupun mereka...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Spotlight

VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

by Phic ARMAN
July 20, 2026

Ada momen yang nampak sederhana, tapi cukup menyentuh hati ramai. Begitulah suasana ketika pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan...

Read moreDetails
Foto - @cinemashortsig (IG) / @suricruise_sc (iG)
Spotlight

Selepas Anak-Anak Brad Pitt, Kini Giliran Suri Cruise Pula ‘Buang’ Nama Keluarga

by Nurul A.
July 29, 2026

Nampaknya bukan anak-anak pelakon Brad Pitt sahaja, kini anak Tom Cruise iaitu Suri Cruise pula yang tekad untuk mengugurkan nama...

Read moreDetails
Khairul Aming Maskot
Spotlight

[VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

by Nurul A.
August 12, 2026

Tiada siapa sangka bahawa wajah usahawan Khairul Aming, atau lebih dikenali dengan panggilan KA, 'dipinjam' menjadi maskot bagi sebuah rumah...

Read moreDetails
Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
Spotlight

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara