Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dibebaskan! Mamat Exists Masih Sertai Konsert Exists Reunion

by Khai Azfar
September 11, 2019
Share on Facebook

Berita penahan salah seorang vokalis Exists, Mamat pada malam Ahad baru-baru ini ternyata menggemparkan apatah lagi penyanyi itu bakal terlibat dalam konsert Exists Reunion yang dijadualkan pada 28 September ini.

Mamat Dibebaskan 

Terbaru, berita gembira buat peminat, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin telah dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa. Dalam perkembangan lain, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim penyanyi yang berusia 41 tahun itu berada dalam keadaan sangat baik dan begitu tenang sebaik dibebaskan.

https://www.instagram.com/p/B2OlXgKBqd5/

Masih Sertai Konsert

Malah Shirazdeen turut berada di Johor Bahru untuk membawa Mamat ke Kuala Lumpur semula bagi memberi tumpuan pada latihan dalam menjalani persiapan konsert kumpulan itu. Dalam pada itu, sebuah sidang media bakal diadakan bagi menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion.

Terdahulu,Mamat dan seorang rakannya telah ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor. Hasil pemeriksaan pihak polis, mereka berjaya menemui serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.Lebih mengejutkan Mamat dan rakannya telah disahkan positif dadah selepas menjalani ujian air kencing sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut.

Error happened.
mamat existsmamat exists Dadah
https://lomp.at/4lkm0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara