Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Disoal Mana ‘Hilangnya’ Anak, Ippo Hafiz Memilih Berdiam Diri Demi Menjaga Aib Keluarga

by Puteri Alia
June 24, 2024
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, enggan mengulas lanjut mengenai keadaan anak keduanya, Ibrahim Afi Nur, meskipun sering dipersoal dan dituntut penjelasan oleh isterinya, Fara Roslan, 36.

Ippo, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, memilih untuk tidak memberi komen demi menjaga aib isteri dan mahu menyelesaikan segala isu yang timbul di Mahkamah Syariah.

“Berkenaan isu anak, buat masa ini, saya tidak mahu beri komen. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan semoga semua urusan dipermudahkan dan lancar,” kata Ippo.

“Ippo menjelaskan bahawa sebarang ketidakpuasan hati boleh diutarakan di mahkamah sahaja. Beliau juga menegaskan bahawa sudah lama tidak bertemu dengan anak pertama mereka, Yusof.

Mengulas lanjut mengenai kes nusyuz, peguam syarie mewakili Ippo, Fakhrul Azman, menyatakan bahawa proses yang berlangsung hari ini adalah pemfailan kepada jawapan pembelaan daripada kedua-dua belah pihak dan akan disambung pada 30 Julai depan untuk pengurusan kes.

“Setakat ini, kami sudah terima penyata tuntutan pembelaan yang difailkan defendan (Fara). Jadi, hari ini kami juga failkan jawapan kepada pembelaan itu daripada segi ‘pleading’ iaitu dokumen berkaitan tuntutan yang sudah diselesaikan,” ujar Fakhrul.

Selain itu, mengenai isu hak penjagaan anak, Fakhrul berkata pihaknya baru menerima dokumen tuntutan berkenaan daripada Fara dan sebutan kes dijadualkan pada 9 Julai depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, Ippo dilaporkan memberitahu bahawa Ibrahim yang berusia dua tahun kini berada dalam jagaannya dan beliau tidak pernah menghalang Fara datang bertemu dengan anak mereka. Anak sulung, Yusof yang berumur empat tahun, menetap bersama Fara.

“Saya pun tak mahu cerita lebih kerana bimbang akan menjadi aib. Jadi, biarlah diserahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya. Saya mohon doa yang baik-baik,” tambah Ippo.

Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019. Sejak perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusof dan Ibrahim. Namun, dengan adanya pertikaian yang timbul, Ippo memilih untuk menyelesaikan segala isu dalam lingkungan undang-undang, sambil menjaga maruah dan aib keluarganya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ippo Hafiz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Spotlight

Awie Masuk Dunia Reggae? Kolaborasi Dengan Sasi The Don Cetus Kelainan

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Dunia muzik tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi menarik apabila penyanyi reggae dan dancehall terkenal, Sasi The Don, bergabung dengan ikon...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara