Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diva? Ummi Nazeera Dedah Sifat Sebenar Diana Danielle

by Khai Azfar
October 18, 2018
Share on Facebook

Siapa sangka di sebalik perwatakan kedua-dua selebriti ini, tersimpan satu rahsia diantara Ummi Nazeera dan Datin Diana Danielle meskipun kini membintangi filem yang sama, Gol dan Gincu Vol.2. Malah kedua-duanya turut memperakui akan hal tersebut.

Diana Danielle Diva?

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, dia sudah lama mengenali Diana sejak kecil lagi. Malah keluarga mereka turut saling mengenali antara satu sama lain. Namun begitu, dia menyifatkan Diana sebagai seorang yang berketrampilan menarik tetapi agak sedikit janggal apabila saling berjumpa meskipun sudah lama mengenali.

” Kalau nak tahu saya sebenarnya sudah lama mengenali Diana sejak saya berumur 12 tahun lagi. Malah abang saya turut berkawan baik dengannya. Dan saya akui agak janggal sebenarnya dengan Diana kerana dia punya aura yang mempersonakan sejak dahulu lagi. Malah kalau berjumpa kami hanya bertegur ringkas, barangkali kerana aura yang dibawanya.

Saya rasa Diana pun turut akui merasai perasaan yang sama. Nak cakap dia diva tak juga tapi dia cuma jadi dirinya sendiri sejak dahulu lagi” – jelas Ummi sambil berseloroh.

Tambah pelakon itu lagi, pada mulanya dia akui sukar mendapat keserasian untuk berlakon dengan Diana apatah lagi ini adalah filem pertama mereka digandingkan bersama. Akan tetapi bila sudah berlakon bersama, keserasian itu mula dapat dirasai apatah lagi mereka memegang watak utama dalam filem ini sebagai Zakiah.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Hamil Dua Bulan Ketika Penggambaran

Dalam perkembangan lain, Ummi yang baru sahaja melahirkan anaknya turut berkongsi pengalaman ketika membintangi filem reboot Gol dan Gincu ini. Jelas Ummi pada murai.my, ketika penggambaran filem tersebut, dia disahkan hamil dua bulan dan turut melakukan beberapa aksi lasak, Bagaimanapun dia bersyukur tidak mengalami sebarang kesulitan mahupun alahan teruk ketika dan penggambaran sedang dijalankan.

” Kami mulakan penggambaran tidak silap saya sekitar bulan Januari dan Februari lalu, Alhamdulillah semasa shooting saya tak ada sebarang alahan cumanya saya perasan banyak tidur ketika ada waktu lapang”

Ummi ditemui murai.my di tayangan perdana filem Gol & Gincu 2 yang berlangsung di TGV, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. Gol & Gincu 2 turut dibintangi Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sharifah Amani dan Sazzy Falak dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
diana danielleummi nazeera
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara