Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Drama KTM Komuter Lagi! Penumpang Kecewa, 2 Jam Setengah Dari KL Sentral ke Bukit Badak

by Naja Nix
January 22, 2026
via KTMB

via KTMB

96
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular sebuah perkongsian di Thread di mana seorang pengguna meluahkan rasa kecewa selepas perjalanan menaiki KTM dari KL Sentral ke Bukit Badak mengambil masa sehingga dua jam setengah, jauh melebihi tempoh sepatutnya.

Luahan itu segera mendapat perhatian ramai, sekali gus membuka semula perbincangan mengenai kecekapan sistem pengangkutan rel yang dianggap semakin merosot.

Menurut pengguna tersebut, pengalaman kali ini benar-benar menguji kesabaran, terutama selepas seharian bekerja.

Nada kecewa itu jelas apabila dia mempersoalkan bagaimana perjalanan yang lazimmnya singkat boleh bertukar menjadi perjalanan panjang yang memenatkan secara fizikal dan mental.

“Jadual Sekadar Hiasan?”— Netizen Tidak Lagi Terkejut

Di ruangan komen, sentimen netizen hampir sebulan suara. Ramai menyifatkan jadual KTM sekadar “untuk dipamerkan”, tanpa kepastian sama ada tren akan tiba tepat pada waktu atau mengalami kelewatan berjam-jam.

Keluhan yang sering diulang adalah ketidakpastian masa ketibaan tren yang disamakan dengan mystery box. Ada yang meluahkan mengenai kelewatan tren tanpa sebarang notis awal.

Ada juga yang mengatakan bahawa tren penuh penumpang terpaksa memberi laluan kepada tren kargo atau tren kosong.

Situasi ini bukan sahaja menimbulkan rasa marah, malah mencetuskan keletihan emosi, terutamanya bagi penumpang harian yang bergantung sepenuhnya kepada KTM untuk pulang ke rumah.

via Thread /@hellomartywoods.artist
via Thread /@purrfectcatlol
via Thread /@_so.what_na

Golongan Paling Terjejas

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman menyaksikan warga emas terpaksa menunggu lama di stesen tanpa sebarang makluman jelas. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar tentang aspek kemanusiaan dan keprihatinan dalam pengurusan operasi.

Bagi sesetengah individu, KTM bukan sekadar pilihan, tetapi satu-satunya pengangkutan yang mampu mereka gunakan. Apabila perkhidmatan terganggu tanpa penjelasan, golongan ini menjadi pihak paling terkesan.

Deposit Sewa Kereta Didakwa Tidak Dipulangkan, Penyewa Luah Rasa Kecewa
via Thread /@sanahsinisitu

Dulu Sampai Sebelum Maghrib, Sekarang Lepas Isyak

Ada juga yang membandingkan pengalaman beberapa tahun lalu dengan keadaan semasa.

Jika dahulu boleh sampai ke rumah sebelum waktu Maghrib, kini ada yang hanya tiba selepas Isyak. Ini merupakan satu perubahan yang dianggap tidak masuk akal dalam era pembangunan pengangkutan moden.

Lebih membangkitkan kemarahan, terdapat dakwaan bahawa tren yang penuh penumpang terpaksa berhenti berulang kali untuk memberi laluan kepada tren lain yang hampir kosong, sekali gus menambah masa perjalanan tanpa keperluan jelas.

via Thread /@issyaff

Isu Lama, Suara Baharu

Walaupun isu ini bukan perkara baharu, netizen berpendapat ia semakin serius dan memerlukan perhatian segera.

Ramai menyeru agar perkara ini terus diviralkan supaya pihak pengurusan tidak lagi memandang ringan rungutan pengguna.

Harapan mereka hanyalah mahukan pengangkutan awam yang cekap, berperikemanusiaan dan boleh dipercayai, selari dengan status bandar dan keperluan rakyat yang semakin bergantung kepada sistem rel.

Isu KTM bukan sekadar mengenai kelewatan tren, tetapi juga mengenai kualiti hidup, kepercayaan awam dan tanggungjawab terhadap penumpang.

Persoalannya kini, sampai bila pengguna perlu terus bersabar?

isu kelewatanisu lambatjadualKTMKTMBsuara netizentidak efisien
https://lomp.at/oi627
Share38Tweet24SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bakal Sultan Brunei? Video Pengiran Abdul Muntaqim Tersenyum, Ramai Tak Tidur Malam

by Phic ARMAN
January 15, 2026

Baru-baru ini, video pendek Pengiran Abdul Muntaqim tular di TikTok. Dalam video itu, baginda tersenyum manis, tak lokek langsung dengan...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Bakal Jemaah, Selangor Naikkan Insentif Haji Kepada RM1,500 Buat Jemaah Haji Muassasah

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026

Berita baik buat bakal jemaah haji di Selangor! Seramai 6,000 jemaah haji muassasah bakal menerima insentif sebanyak RM1,500 seorang menerusi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SPA Sasar 30,000 Lantikan Tahun Ini, Peluang Kerjaya Sektor Awam Makin Terbuka

by Ayu Kamaruddin
January 27, 2026

Berita baik buat pencari kerja sektor awam apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara