Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

DUNKIN’ Terbesar Di Malaysia Kini Rasmi Dibuka

by Phic ARMAN
March 16, 2023
Share on Facebook

Perhatian kepada semua penggemar kopi dan donut di negeri di bawah bayu! Dalam usaha terbaharunya untuk mencergaskan dunia, DUNKIN’ – jenama yang sudah lama tersemat di hati dan minda rakyat Malaysia sejak 1987 – kini “terbang” ke mercu lebih tinggi pada 2023 dengan membuka cawangan Malaysia ke-100 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Sabah.

Pembukaan penting ini juga menandakan satu detik bersejarah kerana kafe gaya hidup DUNKIN’ seluas 1,800 kaki persegi ini, yang terletak di kaki lima Balai Ketibaan di Aras 1 KKIA, bakal menjadi cawangan DUNKIN’ terbesar di Malaysia, menawarkan juadah lazat dalam suasana ceria dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 88 pelanggan yang menjanjikan pengalaman menjamu selera yang selesa untuk rakan dan keluarga serta suasana menyegarkan bagi pengembara yang letih, cawangan baharu ini bukan sahaja menawarkan sajian kegemaran ramai DUNKIN’ seperti Kopi Ais tandatangan DUNKIN, dan Caramel Macchiato Ais yang terkenal, tetapi juga menjadi cawangan DUNKIN’ pertama di negara ini untuk menawarkan pengalaman lebih khusus dengan menghidangkan pelbagai pilihan kopi yang baharu.

Antaranya termasuk Frozen Espresso (kopi pekat beku) dan Frozen Flavoured Latte (susu berperisa beku) dengan kelazatan perisa yang tidak terhingga seperti Salted Caramel dan Hazelnut Mocha, serta pelbagai minuman lain. Tawaran terbaharu ini juga bakal diperkenalkan di cawangan DUNKIN’ terpilih di Malaysia, dan juga cawangan baharu yang akan dibuka.

Perkembangan terkini ini adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula global DUNKIN’ yang bermula pada 2018, dengan tumpuan berpandukan kopi, berasaskan minat yang semakin bertambah terhadap minuman tersebut di Malaysia, dengan peningkatan empat kali ganda sejak proses penjenamaan semula bermula.

Keliru Dengan Skim Insurans Rakyat Sabah 2026? Ini 5 Hal Yang Perlu Anda Fahamkan

Sehubungan itu, jenama antarabangsa ini telah merangka hala tuju baharu, dengan menu yang berasaskan minuman, terutamanya kopi, dengan membawakan produk yang inovatif seperti kopi berasaskan espresso, dan memperkenalkan pelbagai jenis minuman espresso beku, selain minuman tanpa kafeina seperti Fruity Frosty of Mango dan Strawberry Slushy.

Justeru, para peminat DUNKIN’ boleh menantikan pilihan donut baharu yang menyegarkan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya, termasuk Kurma Choco-cake, Ketupat, dan Bintang Ceria, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Ramadhan Raya Bersama DUNKIN’.

Selain daripada pembukaan cawangan DUNKIN’ di KKIA, pencinta kopi dan donut di seluruh negara boleh mendapatkan sajian kegemaran mereka di lebih banyak cawangan DUNKIN’
yang dijangka dibuka pada tahun ini di lokasi perdana, termasuk tempat-tempat tumpuan ramai di Lembah Klang, termasuk Pavilion Damansara, Damansara Heights dan The Exchange TRX.

Tunggu apa lagi? Kunjungi cawangan DUNKIN’ berhampiran dan pulihkan tenaga anda!
Maklumat lanjut boleh didapati di www.dunkindonuts.com.my.

DUNKIN’KKIAsabah
https://lomp.at/eythz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
Bisnes

Ramai Tak Sedar, Program S.R.I Ini Mampu Ubah Hidup Wanita Jana Pendapatan Sendiri

by Phic ARMAN
April 10, 2026

Bayangkan seorang ibu yang sebelum ini hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan keluarga. Dalam diam, dia menyimpan hasrat nak bantu...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara