Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Khai Bahar Komen Kemenangan Gila di AJL-35, Akui Pernah ‘Terkucil’ Juga?

by Phic ARMAN
March 23, 2021
Share on Facebook

Selesai sahaja malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, pelbagai topik hangat dibincangkan oleh netizen di media sosial. Agak menghairankan, tinjauan Murai MY mendapati bukan juara AJL-35 yang menjadi topik terhangat, tetapi sebaliknya. Persembahan Nabila Razali yang meraih perhatian, kerana melakukan kesilapan kecil.

Murai MY difahamkan penyanyi itu ‘terkucil lagi’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua . Di sebalik kritikan dan kecaman, ramai peminat termasuk golongan selebriti memberi sokongan dan pujian di atas keberanian Nabila.

Bercakap soal ‘terkucil’, ia sebenarnya merupakan hal yang biasa terjadi kepada seseorang penyanyi. Baru-baru ini kami berpeluang menemubual penyanyi Khai Bahar untuk berkongsi pengalaman yang sama.

Foto: Instagram @khaibahar94

Khai yang pernah berentap di pentas AJL-33 menerusi lagu Luluh, mengakui pernah melakukan kesalahan atau ‘terkucil’ ketika membuat persembahan nyanyian secara langsung. Menurut Khai, ia sebenarnya bukanlah sesuatu dirancang ataupun disengajakan.

“Setiap orang itu tidak akan lari melakukan kesilapan. Seperti Khai sendiri yang pernah melalui pengalaman berada di pentas AJL,  kesilapan sebegini memang boleh berlaku. Bagi Khai, ia bukannya dirancang atau disengajakan.”

“Macam Khai sendiri, sebelum naik ke pentas AJL, Khai dan semua peserta sudah membuat persiapan yang rapi, untuk melakukan persembahan yang terbaik. Tapi kesilapan sebegini ini boleh berlaku di luar jangkaan lagi-lagi bila perasaan gementar itu datang, ia akan jadi di luar kawalan,”- katanya kepada Murai.MY.

Tak Pedulikan Kecaman Netizen

Foto: Instagram @khaibahar94

Khai berkata, walaupun dia pernah menerima kritikan dan kecaman dari kesilapan ini, namun dia menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

” apa yang boleh Khai katakan, setiap finalis di AJL dah melakukan yang terbaik. Kesalahan kecil itu dijadikan sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri pada masa akan datang”

“Khai sendiri pun pernah mengalami pengalaman yang sama ketika menyanyi. Kadang-kadang pernah sekali suara tak sampai. Ada juga terima kecaman dari netizen, tapi saya biarkan komen mereka.  Yang penting, saya ambil kesilapan itu untuk memperbaiki diri saya”- tambahnya lagi.

Sudah Jangkakan Kemenangan Lagu GILA

Foto: TV3

Bercakap soal kemenangan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Noki, dan Loca B di AJL-35, Khai akui keputusan tersebut menepati ramalannya.

“Dari awal lagi, saya memang sudah menjangkakan kemenangan lagu Gila di AJL-35. Sebenarnya, ramalan saya lagu 7 Nasihat dan Gila bakal bergelar juara. Tapi bila lagu Gila dinobatkan sebagai juara, Alhamdulilah. Bagi saya lagu itu sangat unik dan lain daripada yang lain. Saya memang suka lagu Gila ini!”- tambahnya lagi.”

‘Hilang Gelita’ Buah Tangan Baru Dari Khai Bahar

Foto: Instagram @khaibahar94

Mengenai perkembangan semasa, Khai bakal mengeluarkan single terbaru dan akan muncul dalam sebuah drama rantaian sebagai pelakon utama..

“Insyallah, saya bakal keluarkan sebuah single terbaru berjudul Hilang Gelita ciptaan saya sendiri dan lirik ditulis oleh Rozi Sang Dewi. Lagu ini merupakan OST untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Saya juga berlakon dalam drama tersebut yang bertajuk Kisah Cinta Rumi.”- ujarnya.

Khai Bahar Mengamuk Difitnah "Gay", Dedah Lelaki Dalam Gambar Sebenarnya Adalah...
ezra kongGilakaka azraffkhai baharNoki
https://lomp.at/s7xmm
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore