Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Khai Bahar Mengamuk Difitnah “Gay”, Dedah Lelaki Dalam Gambar Sebenarnya Adalah…

by Puteri Alia
May 6, 2025
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Khai Bahar akhirnya bersuara lantang selepas namanya terpalit dengan tuduhan liar berkaitan hubungan songsang yang hangat diperkatakan di media sosial. Penyanyi yang terkenal dengan lagu balada meruntun jiwa itu tidak lagi berdiam diri apabila sekeping gambar dirinya bersama seorang lelaki dalam sebuah kereta mula tersebar dan mencetuskan pelbagai spekulasi tidak berasas.

Dalam satu kenyataan tegas yang dimuat naik di platform X, Khai menjelaskan lelaki tersebut bukan individu asing, sebaliknya adalah adik iparnya sendiri.

Tanpa berselindung, Khai menyelar tindakan segelintir pihak yang menurut emosional tanpa usul periksa hingga sanggup menyebarkan fitnah. Dengan nada berang, dia mengajak individu yang menyebarkan tuduhan itu untuk bersemuka dan menyelesaikannya secara berdepan.

Baginya, tuduhan seperti ini bukan sahaja mengaibkan, malah memberi kesan kepada keluarga yang sentiasa berada di sisinya dalam setiap urusan kerja. Dia turut mendedahkan bahawa keluarganya memainkan peranan penting dalam karier seninya, termasuk abang kandungnya yang bertugas sebagai pembantu peribadi setiap kali dia menghadiri acara atau persembahan.

Meskipun kecewa, Khai mengambil pendirian untuk memaafkan mereka yang menyebarkan fitnah tersebut, namun dengan nada sinis menyatakan bahawa mereka tidak perlu mengenalinya kerana tidak membawa sebarang kepentingan dalam hidupnya.

Namun begitu, dia turut memberi peringatan tegas agar tuduhan sebegini tidak dibiarkan berlarutan kerana bimbang akan mendatangkan mudarat lebih besar terhadap reputasi dan kehidupannya sebagai artis.

Topik Berkaitan Khai Bahar Nekad Jual Rumah Dan Balik Kampung Lepas Kehilangan Orang Tuanya

Insiden ini tercetus selepas sebuah akaun hiburan memuat naik satu video pendek yang memaparkan Khai bersama seorang lelaki dalam suasana santai di dalam kereta. Video itu pantas menjadi bahan bualan hangat dan membuka ruang kepada pelbagai komen bersifat prejudis, ada antaranya berunsur penghinaan.

Biarpun ramai peminat tampil mempertahankan Khai, segelintir pengguna media sosial tetap ghairah menyebarkan andaian tanpa fakta. Dalam dunia hiburan yang serba terbuka ini, selebriti sepertinya terus menjadi mangsa kepada persepsi yang dibentuk dari sekeping gambar tanpa konteks, namun Khai tekad tidak akan tunduk dengan tekanan dan memilih untuk mempertahankan maruahnya secara terbuka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
1
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
khai bahar
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Spotlight

5 Sebab School of Stars Wajar Masuk Watchlist, Drama Universiti, Cinta Dan Persaingan!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Drama remaja biasanya sinonim dengan kisah cinta, persahabatan dan konflik cinta tiga segi. Tetapi bagaimana pula jika semuanya digabungkan dengan...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Riena Diana, Izzue Islam
Lokal

Tetap Jaga Batas, Riena Diana Dedah Sikap Izzue Islam Di Set Penggambaran

by Nurul A.
November 17, 2026

Hantaran Threads aktres Riena Diana mencuri perhatian selepas tampil memuji sikap Izzue Islam. Menerusi hantarannya itu, Riena menyifatkan Izzue sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara