Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Emirates Perkenal Premium Economy, Rasa Mewah Tapi Harga Masih Berbaloi

by Phic ARMAN
September 24, 2025
Share on Facebook

Emirates kini bagi pilihan baru untuk korang yang nak rasa naik kapal terbang mewah tanpa perlu habis duit banyak. Premium Economy kini ada dalam pesawat Boeing 777 yang baru, dengan 24 tempat duduk kulit warna krim yang memang nampak eksklusif.

Baru-baru ni, MURAI sendiri sempat cuba pengalaman Premium Economy ini bersama media lain dalam sesi pratonton khas kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lepas. Memang terasa beza dia!

Selesa Macam Kat Rumah

Seat Premium Economy ni lain daripada biasa:

  • Lebih lebar 19.5 inci dan boleh recline sampai 8 inci.
  • Ruang kaki luas 40 inci, siap footrest dan calf rest.
  • Headrest boleh laras, ada meja kecil untuk letak minuman dan port pengecas dekat setiap seat.
  • Susun atur 2-4-2 buat korang tak rasa sempit walau penuh.

Makan Pun Rasa Ala Business Class

Makanan memang lain daripada kelas Ekonomi biasa:

  • Hidangan datang dengan pinggan seramik cantik dan minuman premium, termasuk minuman wain untuk yang bukan muslim.
  • Dulang hidangan lebih besar dan plating nampak mewah.
  • Ada amenity kit – lengkap dengan penutup mata, berus gigi, penyumbat telinga dan penanda buku.

Temu Bual Ringkas Dengan Wakil Emirates

MURAI tanya sikit pasal kelebihan Premium Economy ni.

Apa kelebihan berbanding Business Class dan Ekonomi biasa?

“Premium Economy bagi rasa mewah macam Business Class, tapi harga lebih mampu. Tempat duduk lebih luas, boleh rebah, ada footrest, dapat kit percuma, dan welcoming drink. Makanan pun menu khas, dihidang cantik. Memang naik taraf besar dari Ekonomi biasa dengan harga jauh lebih rendah,” kata wakil Emirates.

Makanannya pula macam mana?

“Memang berbeza. Penumpang akan dapat welcoming drink, hidangan dalam pinggan seramik, dan senarai wain premium termasuk sparkling Chandon wine khas untuk Premium Economy,” jelasnya.

Berapa harga tiket?

“Untuk penerbangan dari Malaysia ke Dubai, Ekonomi bermula dari RM1,404++, Premium Economy dari RM2,207++, dan Business Class dari RM8,064++ (harga semasa). Jadi Premium Economy tak sampai dua kali ganda harga Ekonomi, tapi banyak naik taraf yang rasa macam Business Class.”

Hiburan Tak Terbatas

Setiap seat ada skrin HD 13.3 inci, antara paling besar dalam kelas ni, dengan lebih 5,000 saluran hiburan. Memang puas hati nak tengok movie sepanjang penerbangan.

Ringkasan Beza Dengan Business Class

  • Business Class: seat boleh jadi katil, ada lounge, makanan gourmet, kemudahan premium.
  • Premium Economy: seat luas dan selesa, layanan kru khas, makanan lebih mewah tapi harga jauh lebih murah.

Sesuai Untuk Rakyat Malaysia Yang Nak Naik Taraf

Kalau anda nak rasa pengalaman terbang lebih selesa dari Ekonomi tapi bajet tak sampai Business, Premium Economy memang pilihan terbaik. Standard servis Emirates memang sama di seluruh dunia, jadi tak kira ke mana terbang, kualiti tetap tip-top dengan harga yang masih berpatutan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Premium Economy
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara