Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Emosi Alyah Tewas Dalam ‘Meluruh’, Ini Penjelasan Pencipta Lagu

by Phic ARMAN
July 31, 2019
Share on Facebook

Hampir mencecah 20 tahun Datin Alyah berada dalam industri sebagai penyanyi, naik turun itu sudah menjadi lumrah tetapi ia tetap perlu diharungi.

Ia bukanlah satu perjalanan yang lancar seperti dirancang kerana menurut Alyah dia terpaksa berdepan dengan berbagai cabaran dan halangan sepanjang bergelar penyanyi.

Tatkala mengenangkan pahit manis dalam kehidupan, Alyah akui hatinya mudah tersentuh sehinggakan dia tidak dapat menahan sebak sewaktu menyampaikan lagu terbaharunya, Meluruh pada majlis pelancaran muzik video lagu tersebut di TGV One Utama, Damansara, Jumaat lalu. (26 Julai 2019)

Tidak dapat dinafikan, sesiapa saja akan tersentuh mendengar alunan serta lirik agu Meluruh ciptaannya bersama Helen Yap dan Slen Fadzil yang dianggap individu yang sangat rapat dengannya.

Kredit Foto: Dr Syed Syafiq

Ketika majlis pelancaran muzik video lagu tersebut, kami sempat bertanya kepada Slen dan Helen untuk merungkai apakah yang menyebabkan air mata Alyah bercucuran tatkala menyanyikan lagu ini.

Menurut Slen,  lirik lagu ini hasil ciptaan bersama di mana baris pertama rangkap satu dan dua baris rangkap akhir lagu ini ditulis sendiri oleh Alyah. Slen mendapat inspirasi dari pengalamannya sepanjang mengenali Alyah. Slen dapat lihat sendiri kesedihan yang ditanggung oleh penyanyi berusia berusia 38 tahun ini.

Menolak dakwaan bahawa lirik lagu Meluruh berkait rapat dengan kisah rumah tangga, Slen berkata, sebenarnya lirik lagu ini lebih kepada kisah susah payah Alyah dalam industri.

View this post on Instagram

A post shared by Helen Yap (@helenyap2013)

“Sebagai seorang sahabat kepada seorang penyanyi yang sudah lama dalam industri, saya dapat lihat sendiri bagaimana Alyah berdepan dengan berbagai-bagai permasalahan. Bait-bait dari lagu Meluruh, menggambarkan luahan seorang wanita berdepan dengan  masalah yang lama dipendam,  tidak semestinya ia menfokuskan pada kisah rumah tangga tetapi mungkin pada penipuan, penganaiyaan, kecaman dari netizen dan sebagainya yang pernah berlaku dalam hidup Alyah.

tatkala menyampaikan lagu ini, ia membabitkan emosi yang mendalam kerana mengisahkan jatuh bangun ALyah sehinggakan dia boleh menitiskan air mata” – katanya

Alyah Miliki Aura Tersendiri

Helen sebagai komposer menyifatkan Alyah sebagai seorang penyanyi yang tiada tolok bandingnya. Alyah memiliki bakat yang luar biasa dan tidak boleh disamakan dengan penyanyi-penyanyi yang lain kerana dia memiliki auranya tersendiri.

Bertanya mengenai punca Alyah boleh menitiskan air mata menyanyikan lagu Meluruh, Helen berkata, sejak demo lagu ‘Meluruh’ diperdengarkan, Alyah sudah tidak dapat mengawal emosi.

Helen turut berkongsi pengalamannya ketika sesi rakam lagu, dia berkata Alyah benar-benar menjiwai lagu ini sehinggakan Alyah tidak dapat menahan emosi. Sesekali Helen cuba menenangkan Alyah untuk mengawal emosi di studio rakaman supaya dia dapat menyanyikan lagu Meluruh dengan sebaiknya.

Video Muzik Dari Ghaz Abu Bakar

View this post on Instagram

A post shared by Warner Music Malaysia Domestic (@warnermusicmy)

Ghaz Abu Bakar dipilih untuk berkerjasama dalam menghasilkan video muzik single Meluruh. Penggambaran dilakukan di Terengganu di mana ia melibat beberapa pelakon-pelakon berbakat seperti Aprena Manrose dan Amirul Affendi.

Menurut Alyah, menjalani penggambaran ketika cuaca panas merupakan satu cabaran besar memandangkan dia tampil bertudung dan memakai pakaian labuh ketika penggambaran video muzik itu. Walaubagaimanapun Alyah berpuas hati dengan hasilnya.

Single Meluruh terbitan Warner Music boleh didapati di semua pelantar digital bermula 19 April lalu dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara