Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan judul Konsert Exists Memento Mori direncana buat kugiran legenda dunia hiburan Nusantara.

Memento Mori adalah frasa Latin yang mengangkat falsafah menghargai setiap saat dalam kehidupan dengan baik. Justeru dengan perjalanan dan roller coaster Exists sejak Untukmu Ibu menjadi fenomena sehingga karier redup sekejap kerana peredaran dan pasaran muzik sebelum kembali memikat hati penggemar dengan karya berkualiti yang bersifat malar segar, maka Konsert Exists Memento Mori menjadi manifestasi terbaharu buat mereka.

Bakal dianjurkan pada 1 Ogos 2026, Konsert Exists Memento Mori akan dilaksanakan di Unifi Area Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

View this post on Instagram

Merupakan konsert berskala besar selepas kali terakhir menerusi Konsert Exists Reunion in 2019 di Shah Alam, Selangor dan Singapura, Konsert Exists Memento Mori kembali menggabungkan anggota asal Exists iaitu Ajai, Shah, Ujang, Along, Musa bersama dua vokalis mereka, Mamat dan Ezad.

Sementara itu, mewakili Exists, Along menyifatkan Konsert Exists Memento Mori sebagai persembahan berskala besar dengan tujuh ‘kepala’ yang telah membuat Exists meledak menerusi perkongsian kreativiti masing-masing.

“Selain menerima bantuan komposer dan pengurus yang cukup mahir dalam selok-belok indutsri hiburan selama ini, Exists kekal wujud selama berdekad-dekad kerana setiap anggota memainkan peranan penting serta tidak pernah berputus asa menjadi pemain industri.

Malah, walaupun ada dalam kalangan anggota Exists yang keluar lalu menubuhkan kumpulan lain atau Exists berdepan kontroversi terkait vokalis, semua anggota menghormati satu sama lain. Kami letakkan perbezaan pendapat dan peribadi di luar konteks pekerjaan sebagai pemuzik.

Maka demi menghargai setiap momen hebat yang telah kami lalu, Konsert Exists Memento Mori adalah menifestasi perjalanan dan perjuangan kami selama ini. Kali ini bertujuh, bersama ‘kepala-kepala’ yang telah mewujudkan Exists menerusi kepercayaan masing-masing,” ujar Along

Untuk itu, tiket Konsert Exists Memento Mori dengan kategori RM 228 (UNTUKMU IBU), RM288 (MENCARI ALASAN), RM328 (LANGKAH SEIRINGAN), RM388 (SEPERTI DULU), RM428 (RAHSIA POHON CEMARA) dan RM 488 (PERCAYAKAN SITI) serta RM 5000 (JESNITA- sofa couple: seat) boleh dibeli bermula 30 April pukul 11 pagi di www.ticket2u.com.my.

Percayakan ICON Entertainment, Konsert Exists Memento Mori pada 1 Ogos ini bukan sekadar sebuah persembahan MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR tapi akan menjadi LANGKAH SEIRINGAN merayakan momen-momen nostalgia dan akan datang dengan penuh BUNGA.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
EXISTExistskonsert exists
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Foto - @mileycyrus (IG)
Spotlight

Bekas Penyanyi Disney Dakwa Jadi Mangsa Buli Miley Cyrus

by Nurul A.
August 28, 2026

Bekas penyanyi Disney, Jordan Pruitt telah menuduh penyanyi Miley Cyrus membulinya ketika mereka masih remaja.  Dakwaan itu telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Spotlight

Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans

by Phic ARMAN
September 13, 2026

Siapa kata jeans hanya sesuai untuk satu gaya? Bagi pelakon Nam Ron, denim boleh digayakan mengikut personaliti dan cara tersendiri....

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    AirAsia Dedah Taktik Baru Scammer, Nombor ‘Customer Service’ Palsu Sedang Tular

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara