Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Faizal Tahir Jawab Sindiran Dari Penyanyi Terkenal

by Khai Azfar
August 30, 2018
Share on Facebook

Awal minggu yang lalu, tular di media sosial mengenai sindiran seorang penyanyi terkenal tanah air kepada juri tetap Big Stage, Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir seperti yang dilaporkan murai.my. Meskipun begitu, penyanyi tersebut menafikan dakwaan tersebut dan hanyalah salah faham diantara peminat.

Enggan Ambil Pusing, Elakkan Perkara Negatif

Tampil menjelaskan mengenai sindiran tersebut yang turut terpalit pada dirinya, Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir, 40 berkata dia sama sekali tidak ambil pusing dengan mana-mana sindiran termasuklah mengenai komen dari netizen yang melihatnya seperti terlalu muda jika hendak dibandingkan dengan Ramli MS. Baginya, dia lebih mudah mengambil jalan untuk elakkan perkara-perkara yang negatif selain meminta netizen doakan sahaja yang baik-baik.

” Saya Immune! Tidak kisahlah apa yang orang nak cakap saya hanya mahu mereka doakan yang baik-baik. Mengenai Big Stage, saya hanya menilai dari segi persembahan mereka yang terbaik, dari segi vokal mungkin Dato Seri Siti Nurhaliza lebih arif”

Tampilkan Suara Anak Sendiri Dalam Single Terbaru

Faizal ditemui murai.my di majlis pengenalan single terbarunya bersama media berkata dia kini kembali dengan nafas baru.

YouTube video

Menerusi single Ragaman, Faizal menampilkan sisi berbezanya dimana gubahan muziknya mempunyai elemen reggae. Menceritakan tentang kisah seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam, lagu ini mempunyai keistimewaanya tersendiri kerana turut diberi sentuhan nuansa pop 60an dan menggunakan bahasa pasar yang diselitkan unsur jenaka.

“Pada umur saya ketika ini, seharusnya Masa untuk mencari benda baru dan Alhamdulillah saya bersyukur dikurniakan bakat untuk menulis Dan menyanyikan lagu saya sendiri dan saya sendiri puas”

Untuk pertama kalinya juga, Faizal menyelitkan suara emas anak-anaknya. Baginya single kali ini merupakan satu-satunya single yang diberi penekanan dan perhatian yang lebih kerana membawakan genre yang berbeza dari sebelum ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
faizal tahirfaizal tahir ragaman
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara