Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Ada Yang Hampir Bercerai, Dipanggil Mandul. Usahawan Sebak Baca Testimoni Pengguna Produk Jelinya

by Phic ARMAN
December 16, 2022
Share on Facebook

Pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin tersentuh apabila produk viral keluarannya, suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular.

Malah tanpa berselindung, pemilik nama penuh, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, 30, berkata, setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata.

Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu terus membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak. Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin Tuhan, derita itu bertukar bahagia.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin menjadi pengguna jeli ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Termasuklah Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.

“Malah kebanyakan daripada artis itu digunakan khidmat mereka mempromosikan tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiat jeli berkenaan seperti wanita lain.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/12/WhatsApp-Video-2022-12-15-at-6.46.03-PM.mp4

Dalam pada itu, Syarifah Khyra sendiri takjub melihat kebahagiaan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail saat dikurniakan Muhammad Bilal.

“Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha ya!.

“Semoga produk jeli ini dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah dan 30 peratus campuran jamu ini terus menjadi pelengkap kaum Hawa.

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit. Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus. Tekan pautan ini untuk butiran lanjut,” katanya.

Serentak dengan itu, Syarifah Khyra turut mengumumkannya bermula 20 hingga 27 Disember ini akan diadakan jualan hujung tahun dengan diskaun sehingga 15 peratus.

“Ini masanya untuk membeli jeli ajaib ini dengan harga istimewa. Yang sudah menggunakannya sebelum ini, boleh beli lagi buat stok. Yang belum pernah mencuba pun, inilah masa untuk merasai faedah dan keberkesanannya,” katanya.

Fellera Beauty Malaysia Sdn BhdSyarifah Khyra Muhsin
https://lomp.at/xkswm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara